Perpaduan: KAMI 2023 Meriah, Pelbagai Aktiviti Menarik

Perpaduan: KAMI 2023 Meriah, Pelbagai Aktiviti Menarik | IKRAM

SHAH ALAM – Sempena Hari Malaysia, Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI 2023) telah berlangsung meriah hari ini bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC), di sini yang menyaksikan kehadiran lebih 3,500 pengunjung daripada pelbagai golongan masyarakat.

Dengan tema ‘Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama’’, karnival yang dijadualkan berlangsung seawal jam 7.00 pagi sehingga 2.00 petang merupakan salah satu inisiatif yang diadakan bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan mengukuhkan jati diri sebagai warganegara Malaysia. 

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor, Tn Burhanuddin Haji Daud, telah merasmikan KAMI 2023 yang memasuki tahun kedua penganjurannya, mewakili YB Datuk Haji Rizam Ismail, Exco Kemajuan Desa dan Perpaduan Negeri Selangor.

Beliau menegaskan tentang peri pentingnya meraikan perbezaan budaya dalam negara yang berbilang kaum dan agama di Malaysia umumnya dan khususnya di negeri Selangor.

“Apabila kita bercakap tentang perpaduan, semua agama dalam dunia ni menyeru ke arah perpaduan dan keharmonian,” ujarnya sambil memetik Surah al-Hujurat ayat ke-13 yang bermaksud:

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.”

“Perpaduan kaum di negara kita sebenarnya sudah kuat. Cuma adakala pihak-pihak tertentu cuba mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan perpaduan yang telah sedia terbina,” tambah beliau. 

Pada awal karnival berlangsung, acara ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan Sumazau dan Ngajat, persembahan wusyu, persembahan tarian India, dan nyanyian lagu patriotik.

Pada sesi berikutnya, karnival ini dihangatkan lagi dengan persembahan tarian singa yang menyaksikan tarian bertenaga dipersembahkan dari KLSCAH.   

Bagi acara selari pula, KAMI 2023 dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik daripada pelbagai segmen antaranya zon kanak-kanak, persembahan kebudayaan, zon interaktif, zon kesihatan, dan banyak lagi.

Bagi zon kanak-kanak, mereka boleh beraktiviti dan berkreativiti di bouncy castle, petting zoo, clown, pertandingan mewarna wau, face painting, sand art dan giant bubble.

Bagi zon kesihatan pula, pemeriksaan kesihatan percuma, demo CPR, penerangan komprehensif bagi kempen antirokok serta konsultasi pemakanan turut boleh didapati sepanjang karnival berlangsung. 

KAMI 2023 adalah acara kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK 2023), membariskan aktiviti dan pertandingan yang menarik dan bernada santai bagi menggalakkan penyertaan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum amnya dan seisi keluarga khususnya.

Acara kemuncak KAMI 2023 dihangatkan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna wau dan pertandingan fashion show kanak-kanak yang melibatkan penyertaan penuh bagi setiap pertandingan bagi penganjuran kali ini.

Penganjuran karnival seperti ini dengan susunan aktiviti-aktiviti yang menarik dapat menyemarakkan semangat perpaduan antara rakyat Malaysia di samping saling memahami adat dan budaya masing-masing dalam mewujudkan sebuah masyarakat dan negara yang harmoni dan berjaya pada masa hadapan. 

Disediakan oleh:
Insyirah Syazwani Abd Rahim
Naziratulasikin Abu Kassim
Mashitah Nabees Khan
Nusaybah Maszlee

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia