Perlu Ada Hasrat Bawa Perubahan – PM Anwar

Perlu Ada Hasrat Bawa Perubahan – PM Anwar | IKRAM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mahu menteri-menteri dan warga perkhidmatan awam tidak mengamalkan budaya selesa sebaliknya bertekad untuk terus melaksanakan perubahan dalam pentadbiran negara.

“Dalam apa-apa jua sistem, perlu ada keinginan dan hasrat untuk membawa perubahan,” kata beliau ketika berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Januari 2023 di sini hari ini. 

Beliau berkata, sistem yang bergerak puluhan tahun sudah mantap tapi harus ada kesediaan rendah diri untuk mengakui, ada kekuatannya.

“Tetapi bila kita letak tokoh baharu, harus ada hasrat bawa perubahan, tidak harus ada budaya selesa iaitu culture of contentment yang menggigit kita.”

Menurutnya, untuk belajar menerima kekuatan, perlu mengakui kelemahan, dan yang lebih penting bertekad mengatakan negara ini harus stabil politiknya, jelas hala tujunya serta harus kuat keinginan membawa mengangkat semula martabat bangsa dan negara.

“Saya mahu segala tindakan dilaksanakan dengan telus, dengan beberapa langkah telah diumumkan untuk meningkatkan tahap kecekapan dalam menyelesaikan masalah.”

Terdahulu, beliau menggesa satu tindakan lebih agresif bukan untuk ambil tindakan tetapi melepaskan masalah pekerja kerana pekerja asing dalam industri perladangan, pembuatan dan bidang-bidang tertentu sangat kurang.

“Ia menjejaskan kadar pertumbuhan negara kita, jadi saya lihat Jabatan Imigresen sambut baik dan apa jua tindakan harus ada transparensi,” ujar Anwar.

Dalam pada itu, beliau turut berharap segala perubahan yang akan dilaksanakan di bawah Kerajaan Perpaduan akan mendapat sambutan hangat daripada semua jabatan.

“Jika ada apa-apa masalah jangan disimpan, kita nak pastikan negara ini bergerak dengan lebih pantas,” seru Anwar.

Untuk mendapatkan maklum balas yang baik, beliau meminta disampaikan kepadanya atau Timbalan Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara dan menteri-menteri.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia