Di HCF, kunjungan yang diketuai Hj A. Ralim M. Yassen, Pengurus Jabatan IKRAMedia bersama tiga kakitangannya disambut mesra kakitangan media HCF yang diketuai pengurusnya, Puan Siti Hamisah Manan.
Usai sesi taaruf, Siti Hamisah menerangkan struktur jawatankuasa Hidayah Centre Foundation dan kakitangan sepenuh masa serta sukarelawan yang berkhidmat. Begitu juga di pihak IKRAMedia, A Ralim turut memperkenalkan barisan kakitangannya.
Turut dikongsikan oleh HCF ialah perancangan serta sistem gerak kerja pasukannya dalam menghasilkan video yang berkualiti serta reka bentuk grafik yang menarik dalam menjayakan sesuatu program atau kempen yang dirancang.
Selain A Ralim, kakitangan IKRAMedia Pusat yang hadir ialah Noor Aiman Abd Aziz, Atriza Umar dan Nur Syazwani Ab Wahid manakala kakitangan media HCF pula ialah Hanan, Syafiq Razak dan Haziq Abd Razak.
Turut dikunjungi adalah pejabat Khidmat Masyarakat IKRAM, i-Bantu bagi mengetahui gerak kerja media institusi tersebut termasuklah kempen Rayuan Ramadhan yang sedang dilaksanakan. IKRAMedia juga merancang untuk mengunjungi beberapa lagi institusi IKRAM pada masa akan datang.
Semoga kunjungan, perbincangan dan perkongsian harmoni bersama institusi-institusi ini dapat menghasilkan tindakan susulan yang proaktif seterusnya memantapkan pengurusan IKRAMedia di peringkat pusat, insya-Allah.