Perhimpunan Hari Tindakan Global untuk Gaza Sabtu Ini

Perhimpunan Hari Tindakan Global untuk Gaza Sabtu Ini | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Gerakan BDS Malaysia bersama lebih 30 NGO bakal mengadakan perhimpunan ‘Hari Tindakan Global: Hentikan Perang di Gaza, Gencatan Senjata Sekarang’ di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Sabtu ini.

Perhimpunan ini adalah sebahagian daripada ‘Global Day of Action’ yang akan berjalan di seluruh dunia pada tarikh yang sama mendesak gencatan senjata di Gaza dan peperangan dihentikan.

Sehingga kini, pembunuhan dan genosid di Gaza telah mengorbankan lebih 23,000 nyawa penduduk yang tidak berdosa, melibatkan lebih 10,000 kanak-kanak dan lebih 7,000 wanita.

Peperangan yang berlaku juga menyebabkan beribu-ribu lagi mangsa masih hilang dan dianggap telah terbunuh di bawah runtuhan rumah mereka sendiri.

Lebih daripada itu, peperangan ini telah mengakibatkan 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal dan menghadapi masalah kebuluran. 

Malah, mereka terpaksa berlindung di mana saja dan ini pula mengancam nyawa mereka dari segi kesihatan angkara wabak penyakit.

Oleh itu, para pencinta kedamaian dan rakyat Malaysia diseru untuk berhimpun beramai-ramai pada Sabtu, 13 Januari ini, jam 12 tengah hari untuk mendesak gencatan senjata kekal demi menghentikan genosid di Gaza, serta menamatkan kolonialisme dan pengakhiran dasar aparteid Israel.

Sepanjang perhimpunan, para peserta disaran supaya minum air secukupnya, membawa sepanduk dan simbol keamanan, merakam dan berkongsi momen menggunakan #GlobalDayOfAction, dan memakai pakaian yang bersesuaian dengan perubahan cuaca.

Peserta dilarang melakukan keganasan dan menggunakan kata kesat dan bahasa yang menyinggung perasaan.

Dalam pada itu, sebuah laman web khas bagi pembaca berbahasa Inggeris telah dilancarkan bagi menerangkan isu Palestin. Ia boleh dilayari melalui pautan https://www.advocatingpeace.com/.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia