Perdana Menteri terima kunjungan hormat IKRAM

Dalam pertemuan singkat itu, pemimpin IKRAM melahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada beliau selaku Pengerusi KL Summit 2019 atas kejayaan penganjuran persidangan tersebut.

YAB Tun Mahathir dan delegasi pemimpin IKRAM telah bertukar pandangan mengenai perlunya ada penyelidikan strategik, menggemblengkan kekuatan, kepakaran umat Islam dan melakukan tajdid ummah. Beliau menegaskan bahawa umat Islam perlu membina jati diri, melakukan pembangunan dan membina negara yang kuat.

Dalam pertemuan ini, pemimpin IKRAM telah menyampaikan hasrat untuk menjadi rakan kongsi strategik dalam pembinaan negara dengan menawarkan inisiatif-inisiatif berikut:

1. Transfomasi minda dan pembangunan masyarakat
2. Meningkatkan tahap sosioekonomi umat Islam
3. Membangunkan jati diri dan kompetensi kepemimpinan anak muda Malaysia

Tun Mahathir mengucapkan terima kasih dan menghargai sokongan IKRAM untuk membantu kerajaan dalam pembinaan negara. IKRAM juga turut menyatakan sokongan padu kepada kerajaan dalam usaha mengembalikan kegemilangan umat Islam.

Rombongan IKRAM diketuai Presiden Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad, Timbalan Presiden Hj Badlishah Sham Baharin, Setiausaha Agung Hj Mahadzir dan Naib Presiden Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim. Turut hadir Perunding Strategi IKRAM, Mohd Nazri Mat Noor.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia