PERAWI ’15: Ramadan Penjana Iman Membina Taqwa

PERAWI ’15 yang menyajikan program untuk menggalakkan umat Islam melipat gandakan amalan sempena menjelang 10 hari terakhir Ramadhan telah dirasmikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. Turut hadir Yang Dipertua IKRAM Wilayah Persekutuan, Prof Dr Sahrim Ahmad.

Dalam ucapan perasmian, beliau membicarakan tentang fiqh al-awraq (memahami kitab) dan fiqh al-waqi’ (memahami realiti) serta mengingatkan ahli-ahli IKRAM supaya dalam kita berpersatuan, perlulah difahami fiqh al-waqi’ iaitu melihat realiti kehidupan sebenar masyarakat sekeliling.

“Hari ni ramai orang yang dapat menguasai ilmu di dalam kitab-kitab (awraq – lembaran kertas) namun gagal memahami realiti masyarakat (waqi’) apabila ingin melaksanakan ilmu tersebut di dalam masyarakat,” jelas beliau.

Beliau mengambil contoh bagaimana Syeikh Muhammad al-Ghazali ketika ditanya apakah hukum orang yang meninggalkan solat. Ketika ramai ulama menghukumkan kufur berdasarkan banyak dalil, namun Syeikh al-Ghazali mengatakan: “Hukum orang meninggalkan solat itu ialah kamu menarik tangannya ke masjid, ajarkan ia berwuduk dan solat bersamanya.”

     

Perasmian Mufti WP, cenderahati oleh Dr Sahrim dan perkongsian Ustaz Abdul Muhaimin

Beliau turut menggesa ahli-ahli IKRAM supaya merenungi pula dialog Syeikh Sya’rawi dengan seorang pemuda:

“Aku bertanya kepada seorang pemuda yang berfikiran agak ekstrem: “Adakah kamu meletupkan kelab malam dalam sesebuah negara itu halal atau haram?” Pemuda itu menjawab, “Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka.”

Aku bertanya lagi, “Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka sedang melakukan maksiat kepada Allah, apa berlaku kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?” Lalu dijawabnya, “Sudah tentu masuk neraka. Syaitan membawa mereka ke neraka.”

Lalu aku terangkan kepadanya, “Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia ke dalam neraka.

Ada satu hadis Rasulullah s.a.w. ketika mana mayat seorang Yahudi lalu di hadapan baginda, lalu baginda bangun dan menangis. Sahabat bertanya, ‘Apa menyebabkan kau menangis, ya Rasulullah?’ ‘Baginda berkata, Satu jiwa telah terlepas dariku menuju ke neraka!’

Nah, sekarang nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasululullah s.a.w. yang inginkan hidayah buat mereka dan menyelamatkan mereka dari neraka. Kamu di bahagian lain dan Nabi Muhammad s.a.w. di lembah yang lain!”

Dr Zulkifli turut menasihatkan supaya berbicara dengan manusia mengikut kadar pemikiran mereka.

“Bukalah ufuk minda, jangan sempitkan dakwah pada golongan tertentu sahaja supaya Islam dilihat dan menjadi Rahmatan lil ‘Alamin,” tambahnya lagi.

   

Perkongsian Dr Hafidzi, forum dan Ustaz Zainal Abidin

Dalam PERAWI ’15 ini,  Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Sahar telah menyampaikan perkongsian yang bertajuk “Jadilah Hamba Rabbani”.

Lebih menarik, PERAWI ’15 turut menampilkan Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang membicarakan tentang “Meraih Semangat Ramadan Dari Sirah Rasulullah SAW” dan beliau turut menyingkap sejarah perjuangan umat di Nusantara mempertahankan akidah dan menentang penjajah.

Perhimpunan ini diserikan lagi dengan forum “Keluarga Ramadan” oleh panelis Prof Madya Hj Mohamad Saidy Ismail dan Dr Normah Abdullah. Di samping beriktikaf di Masjid Wilayah, peserta turut disajikan dengan persembahan nasyid kumpulan Shoutul Muallim dan Shoutur Ridhwan. Kanak-kanak pula diisi dengan aktiviti interaktif IKRAM Junior.

   

Persembahan nasyid dan aktiviti IKRAM Junior

Perhimpunan yang bermula dengan qiyamullail pada awal pagi Ahad ini turut menjemput Ustaz Zainal Abidin Abdul Rahim pada petangnya untuk berkongsi mengenai “Meneruskan Momentum Ramadan” dan program diakhiri dengan tadarus, iftar dan solat tarawih.

Semoga PERAWI ’15 dapat menjadi katalis dan momentum untuk menjana iman dan takwa dalam madrasah Ramadan kali ini, insya-Allah.

Foto PERAWI ’15: http://on.fb.me/1Tp8Hyz

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia