Peranan Pembangkang Sebagai Ejen Pengukuhan Negara

Peranan Pembangkang Sebagai Ejen Pengukuhan Negara | IKRAM

Kewujudan pihak kerajaan dan pihak pembangkang dalam sistem politik demokrasi bertujuan untuk membentuk mekanisme semak dan imbang. Peranan pembangkang merupakan teras penting dalam sistem demokrasi. 

Ini kerana pembangkang memainkan peranan penting dalam memantau pelaksanaan dasar oleh kerajaan melalui pemerhatian, pengawasan dan kritikan terhadap tindak-tanduk kerajaan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat. 

Pandangan kritis yang ditelusuri dengan solusi alternatif menunjukkan keberkesanan pihak pembangkang dalam mengemas dan mengutuhkan pentadbiran negara.

Namun persoalannya, adakah peranan yang dimainkan oleh pembangkang dalam sistem demokrasi berparlimen menjadi ejen pengukuhan negara atau sebaliknya? Atau adakah keberadaan pembangkang hanya sekadar untuk melengkapi sistem demokrasi semata-mata?

Dalam hal ini, ia berbalik semula kepada keberkesanan fungsi yang dimainkan oleh kerajaan dan pembangkang. Sejauh mana kerajaan membuka ruang kepada pembangkang untuk bekerja dan sekuat mana pembangkang mengoptimumkan potensinya dalam ruang yang diberikan. 

Pembangkang yang hilang atau lemah fungsinya 

Berhubung hal ini, adakalanya kewujudan pembangkang dilihat menyimpang daripada peranan dan tanggungjawabnya sehingga dilihat tidak relevan kerana lemahnya memainkan fungsi sebagai pembangkang. 

Lebih tidak wajar apabila pembangkang menjadi antara faktor yang menyumbang kepada ketidakstabilan negara dengan pendekatan dan tindakan yang diambil keterlaluan dan tidak bertanggungjawab.

Sebarang tindakan untuk menggulingkan kerajaan tanpa memberikan alternatif yang jelas dan bermakna boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dan sosial.

Pendekatan yang radikal boleh mencetuskan konflik dan ketegangan dalam masyarakat. Keadaan ini boleh mengakibatkan ketidakstabilan politik dan kesukaran dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. 

Dalam soal ini, pembangkang mempunyai tanggungjawab yang sama dengan kerajaan untuk menegakkan dan mempertahankan kedaulatan negara serta perpaduan rakyat melalui semangat patriotik dan seruan kepada rakyat untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Justeru, tidak seharusnya mereka terlibat dalam isu-isu yang merosakkan perpaduan, kemakmuran dan kestabilan negara.

Kerjasama politik kukuhkan kestabilan negara 

Sistem demokrasi membolehkan perbezaan pendapat dan kritikan yang konstruktif, tetapi ia juga memerlukan kerjasama dan usaha bersama untuk mencapai kestabilan dan kesejahteraan masyarakat.

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang pernah ditandatangani Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September 2021 bagi mencapai gencatan politik yang hangat ketika itu, terbukti telah memberikan kesan baik terhadap negara.

Hasil MoU tersebut, ia telah berjaya meminda beberapa akta dalam perlembagaan antaranya Akta Antilompat Parti, melakukan pembaharuan dalam Parlimen dan beberapa tindakan yang menjurus ke arah kesejahteraan rakyat dan kesempurnaan tatakelola negara.

Kritikan yang berasas dan konstruktif dapat menjadi pemacu kepada perubahan yang positif, tetapi perlu diimbangi dengan tanggungjawab untuk kestabilan dan kemajuan negara. 

Kestabilan politik adalah keadaan yang sangat diperlukan bagi Malaysia yang telah melalui tempoh yang sukar semasa krisis pandemik COVID-19 dan kini bergerak menuju fasa pemulihan dan pengukuhan ekonomi. 

Fasa ketidakstabilan politik pasca-PRU14 tidak harus berulang kerana ia hanya menatijahkan keburukan pada kesejahteraan rakyat serta membantutkan usaha pembangunan negara.

Kabinet Bayangan 

Sistem parlimen di negara seperti Britain, Australia dan New Zealand mengangkat kedudukan pembangkang melalui sistem shadow government atau kerajaan bayangan. Kerajaan bayangan ialah pasukan yang bertindak sebagai jurucakap utama yang dipilih oleh Ketua Pembangkang untuk mencerminkan kabinet dalam Kerajaan Bayangan.

Menteri-menteri Bayangan diberikan elaun dan peruntukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab. Tugas utama jawatankuasa bayangan adalah menyemak dasar-dasar dan tindakan kerajaan, serta menyediakan dasar alternatif.

Jawatankuasa bayangan membentuk majoriti daripada barisan depan Pembangkang Rasmi sebagai sebahagian daripada barisan depan kepada parlimen.

Setiap ahli Kerajaan Bayangan dilantik untuk memimpin dalam bidang dasar tertentu bagi parti mereka dan menyoal serta mencabar rakan sejawat mereka dalam kabinet kerajaan.  Pihak pembangkang akan berusaha untuk menampilkan dirinya sebagai kerajaan alternatif yang lebih baik daripada kerajaan semasa.

Antara faktor yang menyebabkan ketiadaaan persaingan sihat dalam politik apabila tidak mempunyai pembangkang atau kabinet bayangan yang berkesan walhal fungsinya adalah kritikal bagi mencapai kesempurnaan dalam pentadbiran, kesejahteraan  dan kemajuan rakyat serta negara.

Usaha mewujudkan kabinet bayangan bukan perkara baru di Malaysia, tetapi telah diusahakan beberapa kali oleh pihak pembangkang walaupun tidak diiktiraf dalam perlembagaan.

Malangnya, tidak ada parti atau gabungan yang benar-benar dapat menunjukkan keterampilan mereka menjadi pihak yang berupaya sebagai semak imbang yang berkesan.

Mengangkat peranan pembangkang

Pihak pembangkang dapat dianggap sebagai ejen pengukuhan negara melalui peranannya sebagai watchdog terhadap pihak kerajaan. 

Apabila pihak pembangkang menyusuli kritikan dengan cadangan yang konstruktif, membawa perhatian terhadap isu-isu yang diabaikan dan proaktif dalam perbincangan permasalahan rakyat, ini akan memberikan dukungan kepada dasar-dasar yang membawa ke arah pembangunan yang berkekalan dan holistik.

Keberadaan pembangkang yang efektif menjalankan peranannya dapat mengukuhkan kebertanggungjawaban kerajaan terhadap rakyat, serta memastikan penyelewengan kuasa tidak berlaku.

Justeru, hubungan antara kerajaan dan pembangkang sebegini dapat dilihat saling mengukuhkan dan mengimbangi antara satu sama lain.

Pihak pembangkang sewajarnya bergabung dengan usaha kerajaan untuk menangani segala bencana, kerosakan dan kemusnahan yang berlaku dalam negara. Sekiranya usaha ini berlaku, pembangkang dilihat boleh melaksanakan tanggungjawab yang berkesan dalam negara.

Realitinya, kewujudan pembangkang sangat penting dalam sistem demokrasi berparlimen untuk memperjuangkan hak rakyat, sejajar dengan nilai yang dianjurkan dalam sistem demokrasi. 

Mengkritik pentadbiran dan polisi kerajaan diperlukan untuk menjadikan kerajaan bersifat terbuka dan lurus dalam kuasa mereka untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara. Mereka ada tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan cara aman bersama kerajaan. 

Oleh itu, sejauh mana peranan pembangkang dapat dianggap sebagai ejen pengukuhan atau sebaliknya bergantung kepada bagaimana mereka menjalankan tanggungjawab mereka dalam sistem demokrasi negara ini.

Keberkesanan dalam penghayatan peranan pihak pembangkang dapat membantu memastikan sumbangan dan pengaruh positif mereka terhadap pembentukan dan perkembangan negara dalam konteks demokrasi berparlimen.

Malaysia sudah sepatutnya bergerak menuju politik matang yang berasaskan politik berprinsip. Bagi mencapai kebaikan dalam amalan sistem demokrasi, prinsipnya harus dihayati dan bukan disalahgunakan. 

Dalam langkah menuju masa depan yang penuh harapan, semua pihak harus mendukung usaha-usaha baik kerajaan dalam menyantuni kebajikan rakyat serta memacu kemajuan, kestabilan dan kemakmuran negara.

Usaha-usaha inilah yang akan membantu negara bergerak maju di sebalik ketidakstabilan geopolitik dan cabaran ekonomi yang sedang berlaku. 

Kerajaan persekutuan pula perlu melaksanakan perubahan yang telah dijanjikan, membetulkan kesilapan dan membuktikan prestasi melalui hasil yang lebih utuh. 

Apa yang telah diaspirasikan harus berjalan seiring dengan tari langkah pentadbiran dan direalisasikan sebaiknya.

Ayuh bergerak bersama dalam gerabak untuk membina negara yang mampan dan makmur sehingga kita mampu menjadi pesaing di persada dunia.

Terlalu banyak tugas pembinaan negara yang perlu dilakukan berbanding masa yang kita ada. Politiking yang tidak berkesudahan hanya akan membunuh potensi sebenar negara yang kita cintai ini.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia