Peranan Ilmuwan, Agamawan Pupuk Akhlak Murni

Peranan Ilmuwan, Agamawan Pupuk Akhlak Murni | IKRAM

SHAH ALAM – Penulis dan pakar motivasi, Dato’ Dr Danial Zainal Abidin berkata, untuk menyebarkan rahmah, para ilmuwan dan asatizah (agamawan) perlu memupuk akhlak yang murni dalam kalangan masyarakat, kerana melalui akhlak yang murni, masyarakat akan memiliki nilai insaniah.

“Menurut buku Excellence Without a Soul, universiti pada zaman sekarang gagal mencipta pelajar yang bijaksana dan mulia serta gagal memupuk nilai insaniah di dalam diri mereka,” kata beliau sebagai ahli panel Rahmah Talks dalam Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2023) di IDCC di sini pada Sabtu. 

Akibatnya, jelas beliau, pelajar lepasan universiti termasuk graduan universiti di negara-negara Islam cenderung untuk bekerja tanpa sifat amanah dan tidak memiliki rahmah, kasih sayang dan timbang rasa kepada orang lain.

Beliau juga menekankan kepentingan agamawan untuk cakna dalam isu-isu semasa, kerana mereka merupakan pusat rujukan bagi semua lapisan masyarakat. 

Selain Dr Danial, turut menjadi ahli panel forum tersebut ialah Ammar Roslizar dan Dr Umi Kalthum Ngah, menampilkan perkongsian mengenai menyebarkan rahmah dari perspektif bidang dan generasi berbeza.

Ammar yang merupakan pengasas ARBA Travel Group Sdn Bhd dan Yezza Tech Sdn Bhd menceritakan tentang fikrah disebalik dakwah orang muda di jalur ekonomi terutamanya melalui keusahawanan.

“Keusahawanan perlu menjadi medan dakwah kepada ahli IKRAM kerana keusahawanan di zaman kini persis perang di zaman Nabi,” kata beliau. 

Jelasnya, hal ini kerana kedua-duanya (keusahawanan dan dakwah) berfungsi untuk meluaskan pengaruh dan kuasa di sesebuah medan. 

Beliau menyatakan bahawa ramai anak muda memilih untuk menceburi bidang keusahawanan kerana ia merupakan sumbangan mereka kepada projek yang bertajuk “Malaysia Negara Rahmah 2035’.

Dr Umi Kalthum pula berkongsi tentang keperluan seseorang untuk menyemai inspirasi di dalam diri kerana ia mampu menjadikan diri kita lebih bagus pada masa akan datang.

“Hal ini berbeza daripada motivasi, yang bersifat sementara dan digunakan dalam masa yang pantas,” katanya yang juga pensyarah kejuruteraan elektrik dan elektronik di Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau menekankan tentang motivasi kendiri yang memerlukan sikap ihsan dan pegangan kepada konsep “unlearn, relearn, learn” iaitu memiliki sifat yang sentiasa komited untuk memperbaharui dan mengamalkan ilmu.

Dr Umi Kalthum juga menegaskan keperluan kemahiran abad ke-21 iaitu 4K; komunikasi, kolaborasi, berfikiran kritikal dan daya kreatif.

“Tanpa kemahiran tersebut, seseorang itu tidak dapat mengamalkan sikap rahmah,” ujarnya yang merupakan penerima Anugerah Siti Khadijah di Majlis Kemuncak Sambutan Maal Hijrah Negeri Perak pada Julai lalu.

Secara tuntasnya, sesi Rahmah Talks ini memberi inspirasi dan pemahaman tentang pentingnya menjalinkan ukhuwah yang teguh dan menyebarkan rahmah dalam segala lapisan masyarakat, tanpa mengira usia, latar belakang dan bidang. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia