Tuntutan Perkeso: Covid-19 di bawah Penyakit Khidmat

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan akan memproses tuntutan faedah berkaitan kes Covid-19 di bawah kategori Penyakit Khidmat bermula 1 April.

 

“Selain Covid-19, antara penyakit berjangkit lain yang turut diletakkan di bawah kategori Penyakit Khidmat adalah seperti jangkitan virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering) dan Leptospirosis (penyakit kencing tikus).”

 

Menurut Perkeso, sekiranya Orang Berinsurans (OB) Perkeso ingin membuat tuntutan faedah bagi kes Covid-19, tuntutan tersebut masih layak dipertimbangkan, namun terhad kepada pekerjaan yang terdedah kepada agen biologi dan adanya jangkitan dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan.

 

“Permohonan tersebut akan diproses sebagai Penyakit Khidmat dan OB yang layak akan menerima faedah-faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Keilatan merangkumi Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK), Pencen Penakat, Pencen Ilat dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM), mengikut kelayakan masing-masing.”

 

Dalam pada itu, Perkeso turut menyatakan, bagi permohonan tuntutan faedah oleh OB yang disahkan positif Covid-19 sebelum 1 April, proses tuntutan tersebut akan diproses sebagai Bencana Kerja.

 

Terdahulu, sehingga 26 Mac lalu, Perkeso menerima sebanyak 132,988 kes tuntutan faedah Covid-19 yang merangkumi pekerja tempatan serta asing dan daripada jumlah tersebut, lebih RM133 juta telah dibayar kepada OB sejak pemberian faedah mula dilaksanakan pada 24 Februari 2021.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia