PRN Johor: Pengundi muda jadi penentu?

Realitinya, rakyat sangat penat apalagi marah dengan pelbagai karenah, polemik ahli-ahli politik negara, bercakaran yang tiada berkesudahan walaupun sesama parti dan pakatan.

 

Setiap hari, ada sahaja isu-isu yang tidak enak didengar apatah lagi dibaca. Orang-orang lama dalam politik seakan lupa, sedangkan ketika bekerja pun ada tempohnya atau dengan bahasa mudahnya, pencen!

 

Namun masih ligat sahaja sebilangan mereka di pentas politik, seakan tiada orang lain yang boleh mengambil alih tempat mereka.

 

Barangkali sudah tiba masanya mereka perlu menjadi pemerhati di ‘luar kawasan perlawanan,’ tidak perlu terlibat dan bersuara sampai mencetuskan ketegangan juga angkara hingga sesiapa pun bosan dengan situasi yang terjadi.

 

Kepada golongan ahli politik, rasionallah dalam bicara dan tindakan. Negara mahupun negeri di Malaysia ini perlu dipelihara namanya bersama perpaduan, keharmonian dan persefahaman yang utuh, bahkan ia perlu diselamatkan daripada sebarang anasir jahat terutamanya jenayah rasuah.

 

Hentikan perbalahan dan percakaran yang membuatkan rakyat muak!

 

Menjadi YB bukan suatu eksperimen

 

Sebelum pilihan raya, pelbagai janji manis, kata-kata indah melalui manifesto parti, yang mana akhirnya pabila menang dan menjadi wakil rakyat (Yang Berhormat), buat-buat lupa semua itu serta mengabaikan terus apa yang telah ditaburkan, yang kononnya untuk kepentingan dan kebajikan rakyat.

 

Ya, menjadi wakil rakyat ini bukan untuk uji kaji atau eksperimen. Ia perlu dinilai dan diteliti agar mereka yang diangkat menjadi calon itu bukan sekadar hendak memenuhi pesta demokrasi yang ada di negara ini, tidak kira bagi calon di peringkat Ahli Dewan Undangan Negeri mahupun Ahli Parlimen.

 

Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Mac akan datang, ia adalah pilihan raya negeri yang melibatkan 56 DUN bagi membentuk sebuah kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun dari 2022 hingga 2027.

 

Justeru, setiap parti yang meletakkan calonnya untuk bertanding perlulah yang bersih dan tidak terpalit dengan apa-apa isu yang mencemarkan.

 

Meletakkan calon yang berkompetensi dan berintegriti adalah kekuatan dan daya penarik kepada pengundi yang seharusnya setiap parti memerhatikan pakej ini sebelum meletakkan calonnya.

 

Bukan asal meletakkan calon saja, tetapi ia lebih kepada memikul amanah, tanggungjawab dan advokasi untuk membangunkan rakyat di kawasan yang ditandinginya.

 

Golongan muda penentu kemenangan?

 

Apabila bertanding, tentu akan ada menang dan kalahnya. Dan sudah pasti mana-mana parti yang bertanding untuk pilihan raya, sasarannya adalah untuk menang. Sangat peliklah jika ia masuk ke lapangan perlawanan, tetapi menempah untuk kalah.

 

Sepertinya tahun 2022 ini adalah tahun penting untuk belia kerana boleh menggunakan lebih banyak kuasa politik dan membantu menentukan hala tuju masa depan negara.

 

Ini ekoran pindaan perlembagaan Undi18 yang menurunkan umur minimum mengundi kepada 18 daripada 21, memperkenalkan pendaftaran pemilih secara automatik dan menurunkan umur minimum untuk bertanding dalam pilihan raya kepada 18 tahun.

 

Sebagaimana yang dilaporkan, jumlah daftar pemilih meningkat sebanyak 5.8 juta pada 16 Januari apabila pendaftaran pemilih automatik bermula berikutan pelaksanaan Undi18 pada Disember 2021 lalu.

 

Berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara, dilaporkan antara 40,000 dan 50,000 rakyat Malaysia berusia 18 tahun setiap bulan.

 

Setakat bulan Februari, bilangan pengundi berdaftar di Malaysia melonjak dari 15.3 juta ke 21.1 juta. Justeru, tentunya pengundi tambahan akan menjadi ‘game changer’ kepada parti politik dan gabungan.

 

Sebagaimana buat pertama kalinya seramai 706,082 orang pengundi muda, boleh jadi ia menjadi faktor penentu kemenangan sesebuah parti dalam PRN Johor.

 

Ia berikutan langkah kerajaan Johor meluluskan pindaan enakmen membolehkan had umur calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diturunkan kepada 18 tahun, pada 6 Januari lalu.

 

Penambahan sebanyak 706,082 pengundi muda di Johor ini juga menjadi sebahagian daripada hampir 40 peratus pengundi baharu di seluruh negara yang akan layak mengundi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

 

Maka, seharusnya setiap parti ‘mempersembahkan’ sesuatu yang bisa menjadi penarik untuk golongan ini turut sama turun dalam pesta demokrasi yang berlangsung nanti. Namun, jangan sekadar retorik tetapi hamparkanlah sesuatu yang pasti dapat direalisasikan setelah menjadi wakil rakyat nanti.

 

Advokasi berterusan

 

Oleh yang demikian, menjelang PRN dan Pilihan Raya Umum yang akan berlangsung, rakyat perlu didedahkan dengan pendidikan advokasi iaitu mendidik agar sedar, tahu dan faham tentang politik.

 

Pendidikan politik itu hakikatnya luas dan merangkumi maklumat dan pengetahuan tentang sistem politik serta menyentuh hal tadbir urus negeri; Perlembagaan Persekutuan, hak dan tanggungjawab seorang warganegara; sistem dan proses pilihan raya, kedaulatan undang-undang serta parti politik.

 

Ia seharusnya disebarkan tanpa henti agar maklumat itu sampai dan membuatkan rakyat untuk sama-sama melibatkan diri dalam pesta demokrasi yang dilaksanakan.

 

Sumbang saran yang diketengahkan dan disampaikan melalui wacana, dialog, video mahupun penulisan oleh pelbagai ahli, aktivis mahupun sukarelawan adalah perlu dalam menggalakkan masyarakat untuk mengundi.

 

Moga dengan usaha tersebut, ia menjadi satu sebab rakyat mahu melaksanakan kewajipan mereka memilih wakil rakyat yang terbaik untuk membawa suara-suara mereka ke peringkat yang selayaknya.

 

“Bersama realisasikan kepimpinan negara yang kompeten dan berintegriti.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia