Penguatkuasaan Akta 852 Langkah Progresif Kekang Amalan Merokok

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kerajaan Malaysia atas kejayaan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dan Peraturan-peraturan di bawahnya mulai hari ini, 1 Oktober 2024.

Penguatkuasaan akta dan peraturan ini merupakan satu langkah progresif dalam usaha melindungi kesihatan rakyat daripada mudarat tabiat merokok yang telah menyumbang kira-kira 27,000 kematian pada setiap tahun di Malaysia. Langkah ini juga membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam melindungi golongan yang sentiasa berisiko terdedah kepada asap rokok dan wap vaping, termasuklah kanak-kanak, wanita, wanita hamil dan warga emas.

Kami yakin Akta 852 ini akan dapat mengatasi isu penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan orang belum dewasa (OBD). Peraturan dan perintah yang diwujudkan akan mengekang segala bentuk promosi, penjualan serta pembungkusan yang selama ini menarik golongan muda ini untuk cuba menggunakannya.

Larangan Pameran Produk Merokok di Kaunter Penjualan (Point-of-Sale Display Ban) yang diwujudkan pula akan mengurangkan pendedahan serta produk merokok terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah dan remaja dan pembelian impulsive (pembelian spontan) dalam kalangan perokok tegar sedia ada.

IKRAM sangat menyambut baik penguatkuasaan Akta 852 ini, yang kami yakin akan mempercepat Malaysia ke arah matlamat menjadi sebuah negara bebas daripada amalan merokok menjelang tahun 2040.

Sehubungan dengan itu, IKRAM komited dalam memberi sokongan kepada kerajaan dalam pelbagai inisiatif kesedaran, pendidikan dan program-program kesihatan awam yang dapat mendidik masyarakat tentang bahaya merokok dan vaping serta manfaat kehidupan yang sihat tanpa amalan yang memudaratkan ini.

Kami juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong usaha murni ini dengan sepenuh hati demi kesejahteraan generasi akan datang. Langkah ini bukan sahaja penting dari sudut kesihatan tetapi juga ekonomi dan sosial kerana ia akan mengurangkan beban kos rawatan kesihatan yang ditanggung akibat komplikasi penyakit-penyakit berkaitan tabiat merokok ini.

Sekali lagi, IKRAM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan atas kejayaan ini. Kami akan terus berganding bahu bersama-sama dengan gabungan kesihatan yang lain untuk memastikan penguatkuasaan Akta 852 ini membawa impak positif yang berkekalan kepada kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

‘Membina Negara yang Sihat dengan Rahmah’

Hj Badlishah Sham bin Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia