Pengerusi MAIS Lawat SMI & Maahad Tahfiz Hira’

Pengerusi MAIS Lawat SMI & Maahad Tahfiz Hira’ | IKRAM

KUALA SELANGOR –  Setelah hampir 39 tahun beroperasi, tahun ini warga sekolah Hira’ terutama Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ mencatat sejarah apabila terpilih sebagai salah satu lokasi lawatan dan pemantauan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Lawatan julung kali oleh Pengerusi MAIS ke Hira’ Jeram pada Khamis, 16 Mei lalu disertai seramai 25 orang pegawai tertinggi daripada MAIS, JAKIM dan JAIS.

Kunjungan muhibah ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada warga Hira’ kerana YAD Tan Sri turut mewakili Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) (dahulu dikenali sebagai Lembaga Penasihat Penyelarasan Kebangsaan dan Pendidikan Agama Islam – LEPAI).

Hasil laporan sesi lawatan ini akan dibawa dan dibentangkan ke mesyuarat JPPIK yang terletak di bawah kuasa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) Majlis Raja-Raja pada bulan Jun depan.

Dalam sesi ucaptama, YAD Tan Sri menyatakan rasa syukur dan kegembiraannya berkunjung ke Hira’ yang mana beliau sempat melihat perkembangannya ketika awal penubuhan dan pada masa kini pembangunan kemodenan yang dapat dikecapi oleh warga Hira’.

Beliau memuji fasiliti dan infrastruktur sekolah yang sudah diperbaharui dan lengkap, hampir setara dengan kemudahan di sekolah sektor swasta dan sektor awam, yang mana jauh berbeza dengan keadaan sekolah ini ketika awal penubuhannya. 

Tan Sri sempat mengimbau kenangannya bersama Tuan Guru Hj Mohammad Shahar Sulaiman yang juga pewakaf utama sekolah Hira’ kini, serta mengharapkan para pelajar dan guru bukan hanya menghafal, namun juga menghayati al-Quran, menguasai pelbagai bahasa dan mengikuti teknologi semasa serta memelihara akidah yang sejahtera.

Beliau berharap Institusi Pendidikan Hira’ (IPH) dapat melahirkan lebih ramai well rounded huffaz yang juga profesional dalam profesion yang diceburinya agar dapat mencerminkan tanggapan yang positif dan optimis masyarakat terhadap sekolah tahfiz di Malaysia yang mampu bersaing setaraf dengan sekolah ternama di sektor awam mahupun swasta.

“Sebagai sebuah institusi pendidikan Islam di negeri Selangor, kita hendaklah sentiasa memelihara imej dan reputasi terutamanya yang menyentuh adab dan keperibadian yang dapat mencerminkan organisasi dan Muslim yang baik,” katanya.

Selain itu, Tan Sri juga mengingatkan supaya berhati-hati dengan ajaran sesat mahupun ekstremis yang membahayakan masyarakat dan negara. Selaras dengan ajaran Islam yang syumul, beliau berharap agar warga IPH berpegang pada nilai bersatu padu dan tidak mudah berpecah hanya kerana perbezaan pandangan politik. 

Menurut Pengetua Sekolah Menengah Islam & Tahfiz Al-Quran (SMITQ) Hira’, Ust Isharuddin Ismail, Hira’ telah menerima beberapa penghargaan dan pengiktirafan.

Antaranya adalah anugerah Maahad Tahfiz Cemerlang Negeri dan juga dilantik sebagai sekolah mentor bagi Sekolah Islam Persendirian Negeri Selangor untuk menjadi rujukan kepada sekolah lain.

“Dari sudut keselamatan pelajar, Malaysia Society for Professional Safety and Health telah memberikan pengiktirafan bahawa maahad tahfiz ini mematuhi piawaian dan merupakan sekolah yang selamat.”

Tambah beliau, sekolah ini berjaya melahirkan beberapa profesional dalam kalangan huffaz yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris serta boleh memberi manfaat kepada umat.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Setiausaha MAIS Dr Hj Ahmad Shahir Makhtar, Timbalan Pengarah Operasi JAIS Puan Salwana Ahmad Dahlan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM Puan Jamilah Muhammad Jamil dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS Hj Anas Ayob.

Hadir bersama YDP IKRAM Selangor Prof Madya Dr Muhammad Azhar Zailani, Pengerusi IPH Dr Abdul Rahman Mohamed dan Pengurus Besar IPH Hj Mohamed Fariz Mohamed Fadhlullah serta Ahli Lembaga Pengelola dan wakil PIBG IPH. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia