Pengalaman menyantuni masyarakat miskin 1

Hisham termenung sejenak. Dia perhatikan wajah anak muda di depannya itu. Mereka datang ke rumah beliau dalam siri lawatan tokoh. Walaupun Hisham tidaklah menganggap dirinya itu tokoh, tapi pada pandangan anak muda ni, Hisham merupakan seorang yang boleh dicontohi.

 

“Dulu masa mula-mula berpindah dari UTM KL ke UTM Skudai, sekitar 1989, pak cik diamanahkan untuk menjadi warden (di UTM dipanggil Felo) asrama. Timbalan Naib Canselor Bahagian Pelajar pada ketika itu amat rajin menganjurkan kursus untuk Felo dan pelajar. Di situlah mulanya pak cik mengenali dunia kursus motivasi.”

 

“Kami dapat tahu pak cik dulu ada juga buat kursus motivasi di kalangan masyarakat miskin. Betul ke pak cik?”

 

Hisham tersenyum. “Betul. Ketika itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru mendapat satu idea yang bernas terhadap penerima bantuan JKM. Selalu JKM beri bantuan kewangan, tapi kini JKM ingin memberi bantuan ilmu pada anak-anak mereka.”

 

“Maka dijemput pak cik dan rakan-rakan daripada NGO JIM (ketika itu) untuk menggerakkan kursus bersama anak-anak penerima bantuan JKM. Semua perbelanjaan tempat, pengangkutan dan makan minum di tanggung oleh JKM. Kami bekerja tanpa bayaran, alhamdulillah.”

 

“Banyak ke modul yang pak cik gerakkan?”

 

“Kami berjaya menggerakkan empat modul. Dan yang uniknya, antara modul tu, kami akan buat lawatan ke rumah peserta bagi melihat dengan mata kepala kami sendiri kehidupan mereka.”

 

“Ya ke pak cik? Masya-Allah… Tentu seronok, kan?”

 

“Allah sahaja tahu nikmatnya. Rasulullah SAW kan suka bergaul dengan orang-orang miskin? Rupanya banyak hikmahnya. Pak cik ketika itu ada enam orang anak dan pak cik bawa semua anak-anak pak cik menziarahi ke rumah keluarga ini.”

 

“Tanpa disedari anak-anak pak cik akan tersentak, betapa bertuahnya mereka berbanding dengan anak-anak bantuan JKM ini.”

 

“Ada pengalaman pak cik yang paling tak boleh dilupai ketika program ziarah?”

 

Banyaaaak. Satu malam, pak cik ziarah satu keluarga ni di Tanjung Adang. Pak cik terkejut. Rumahnya gelap gelita. Ada sedikit cahaya yang kelihatan. Setelah memberi salam, keluarga itu menjengukkan muka di pintu sambil memegang lampu karbaid.”

 

“Hati pak cik tiba-tiba rasa hiba. Mana ada orang guna lampu itu zaman sekarang ni. Rupanya keluarga ni tak mampu nak masukkan eletrik dalam rumah.”

 

“Apa pak cik lakukan seterusnya?”

“Pendekkan cerita, pak cik jumpa rakan-rakan di UTM dan buat collection.  Dapat kumpulkan RM400 dan dengan duit itu, pak cik uruskan untuk masukkan eletrik ke rumah mereka.”

 

“Apa jadi seterusnya?”

“Dengan usaha pak cik satu rumah ini, rupanya menjadi bualan mulut penduduk sekampung… Oh lupa, pak cik juga binakan bilik air untuk mereka kerana mereka ketika itu guna jamban pusing.”

 

“Jamban pusing?”

“Mereka mandi-manda di belakang pokok besar. Kalau ada orang lalu, mereka pusing pokok,” Hisham menjelaskan.

 

“Hasil usaha kerdil pak cik dan rakan-rakan dalam JIM, kami berjaya membuat pelbagai program untuk orang di kampung itu dan yang berdekatan. Kami buat hari keluarga, khidmat masyakat dan kursus motivasi di sekolah berdekatan.”

 

“Masya-Allah pak cik, banyak betul pengalaman dakwah pak cik.”

“Pak cik amalkan beberapa prinsip.”

“Ha prinsip apa pak cik?” sambil mencapai pen dan kertas.

 

“Pak cik amalkan redah dan tawakal. Jangan takut dan segan untuk mencuba benda yang baru, tapi mesti banyak berdoa dan bertawakal pada Allah.”

 

“Pak cik selalu ingatkan AJK agar bersolat hajat sebelum sesuatu program setelah berusaha sebaik mungkin, ingatkan yang Allah akan sering membantu mereka yang membantu agama-Nya. Allah akan sentiasa memberi petunjuk pada orang yang selalu berusaha.”

 

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Ankabut: 69)

 

Hisham mendapati setiap orang sibuk mencatit.

“Kedua, amalkan sifat tidak merasa bangga membuat kerja yang besar dan tidak merasa lekeh membuat kerja yang kecil. Akhlak ini khususnya perlu diamalkan bila terlibat dengan orang-orang miskin.”

 

Bersambung…

 

Dr Hishamuddin Alham
Pesara Pensyarah UTM Skudai

*Kisah ini berasaskan apa yang benar-benar berlaku di Johor.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia