Pengalaman berharga di Parlimen Malaysia

Lawatan yang diketuai Eksekutif IKRAM, Saudara Awang Ilham Awang Keri bertujuan memberi pendedahan tentang Parlimen Malaysia, fungsi dan peranannya dalam perundangan dan tadbir urus negara.

Selepas makan tengah hari dan solat Zuhur, para kakitangan memasuki Dewan Rakyat yang sedang berlangsung Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 dan mendengar perbahasan menarik mengenai RUU Akta Guaman Syarie yang dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Setelah itu, rombongan diberi peluang masuk ke Dewan Negara dan ruang galeri Parlimen Malaysia sambil mendengar penerangan daripada pihak pengurusan Parlimen Malaysia.

  

Mengambil kesempatan bergambar bersama Datuk Seri Dr Mujahid serta Ahli Parlimen Ledang, YB Syed Ibrahim Syed Noh dan Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Datuk Hj Hasanuddin Mohd Yunus 

Kakitangan turut melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat,  YB Dato’ Hj Mohd Rashid Hasnon. Mereka disambut mesra oleh Dato’ Rashid dan pegawai-pegawainya.

Beliau berkongsi info tentang Parlimen Malaysia berbanding dengan negara-negara lain, pengalaman mengendalikan sidang Dewan Rakyat, menjawab pelbagai soalan berkaitan parlimen serta memberikan nasihat-nasihat berguna dalam aspek kepemimpinan. 

“Lawatan ini mendedahkan kepada para kakitangan IKRAM tentang fungsi Dewan Rakyat dan Dewan Negara, dan suasana perbahasan persidangan sebenar Parlimen yang mendorong kakitangan untuk berfikir secara kritis dan profesional,” kata Pengurus Pentadbiran Sumber Manusia, Hj Rosli Ahmad.

Tambahnya, kakitangan juga didedahkan tentang etika dan protokol semasa upacara rasmi seperti persidangan Dewan Rakyat.  

  

Berada di dalam Dewan Negara dan bergambar bersama Dato’ Hj Rashid di hadapan pejabat beliau

“Jelas sekali, setelah melihat sendiri bagaimana bermulanya persidangan serta etika-etika yang perlu ada ketika menteri mengutarakan bicara, adalah satu pengalaman yang baru bagi kami,” ujarnya.

“Melalui lawatan ini, kita dapat mengetahui dan melihat sendiri proses bagaimana rang undang-undang diluluskan, dibentang, apa peranan setiap orang di dalam dewan, tugas-tugas Bentara Parlimen dan peraturan-peraturan di dalam dewan,” kata Eksekutif Grafik, Nur Syazwani Ab Wahid.

Semoga lawatan ini memberikan pengalaman berharga untuk kakitangan IKRAM dalam aspek perjalanan sesebuah parlimen, tadbir urus negara dan kepemimpinan, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia