Pemuda Gaza cipta basikal air daripada bahan buangan

Di pesisiran pantai utara Gaza, Muhammad al-Radhi’ (24 tahun) mula menyiapkan basikalnya untuk melakukan ujian kali keempat bagi memastikan bahawa ia merentas laut tanpa masalah.

 

Dengan sokongan rakannya, beliau mula mengayuh basikalnya, meluncur dengan cepat, melompat di tempat duduk dan memulakan perjalanannya.

 

Menurutnya, basikal tersebut diperbuat daripada paip air terpakai, bahagian besi dan dua tong air plastik yang mana semuanya daripada bahan buangan, memerlukan masa lebih seminggu untuk menyiapkannya.

 

“Saya menggunakan masa ‘lockdown’ kerana COVID-19 untuk membuat basikal ini. Kos yang diperlukan kurang daripada USD100,” ujar Muhammad Radhi’ dalam satu video yang disiarkan di YouTube.

 

Setakat ini, basikal yang diciptanya telah menyelamatkan tiga orang yang hampir lemas di laut dengan memegang bahagian tengah basikal hingga berjaya menarik mereka ke daratan dengan selamat.

 

Motivasi

 

Idea tersebut tercetus setelah salah seorang saudaranya yang boleh berenang di lautan mencabar beliau untuk membuat basikal air bagi membantunya mencapai jarak yang lebih jauh daripada ia berenang.

 

Namun apa yang menariknya, Radhi’ adalah seorang yang takut berenang sedari kecil lagi. Beliau berusaha dengan teliti untuk menghasilkan sesuatu agar dapat dimanfaatkan bukan sahaja dirinya tetapi orang lain.

 

Radhi’ memanfaatkan masa ‘lockdown’ yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Gaza untuk memerangi wabak COVID-19 dengan mula membuatnya di bengkelnya di Beit Lahia (utara Gaza).

 

Bengkel ditutup dan pekerjaan ditangguhkan ketika waktu malam. Manakala pada siang hari, beliau menggunakan masanya untuk membuat basikal air tersebut.

 

Beliau tidak mampu menghasilkan basikal air yang mahal memandangkan kerjayanya yang tertangguh dan kekurangan sumber pendapatan berikutan keadaan ekonomi semakin merosot disebabkan oleh kepungan Israel yang telah memasuki tahun ke-14 serta akibat situasi Palestin yang tiada berkesudahan dan pandemik yang terjadi.

 

Berikutan itu, beliau berusaha membuat basikal dengan menggunakan besi, plastik dan bahan daripada getah serta mengitar semula bahan buangan lain agar dapat digunakan seperti roda dan rantai basikal yang rosak.

 

Menurutnya, jika membuat basikal air dengan alatan yang baru mungkin berharga sekitar USD1,000 sementara menggunakan bahan terpakai kosnya menjadi kurang daripada USD100.

 

Lebih 2 juta penduduk Gaza hidup menderita dengan ekonomi yang parah akibat sekatan Israel yang berterusan sejak 2007, sementara pandemik COVID-19 telah menambahburukkan lagi keadaan negara itu.

 

Sebahagian daripada penduduk menderita kemiskinan, manakala empat daripada lima orang terpaksa menerima bantuan kewangan menurut statistik yang dikeluarkan pada akhir Januari lalu oleh Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean yang berpusat di Geneva.

 

Pada awal t2020 juga indikator kemiskinan di Gaza meningkat menjadi 52 peratus dan pengangguran 50 peratus, sementara ahli ekonomi menyatakan kenaikan kadar ini disebabkan oleh kesan pandemik.

 

Kepuasan Diri

 

Muhammad Radhi’ merasakan kebahagiaan yang luar biasa apabila berjaya menyahut cabaran sepupunya untuk meredah lautan bagi menentang rasa takutnya untuk berenang.

 

“Kejayaan dalam menentang ketakutan saya ini memecahkan halangan yang membuatkan saya tidak berani menjejaki laut sejak kecil.”

 

Pada waktu yang sama, beliau menganggap hasil yang diciptakannya sebagai alat hiburan kerana dirinya berasa seronok berkongsi kegembiraan dengan orang lain ketika memasuki laut dengan lancar dan mudah.

 

Hinggakan, kewujudan basikal ini di pantai dikagumi para pengunjung yang tidak teragak-agak untuk mencubanya, merasai kelainan basikal air ciptaan pemuda ini.

 

Sumber : http://y2u.be/JUGhr-29LA4

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia