Pemimpin Rentas Parti, NGO Zahir Solidariti Palestin

Pemimpin Rentas Parti, NGO Zahir Solidariti Palestin | IKRAM

KUALA LUMPUR – Pemimpin politik kerajaan, pembangkang dan NGO bersatu menzahirkan sokongan dan solidariti terhadap Palestin dalam Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Masjid Negara, selepas solat Jumaat semalam.

Antara yang hadir dan memberi ucapan ialah Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli; Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Pemuda AMANAH, Hasbie Muda dan Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Dalam ucapan ketika perhimpunan terbabit, mereka mengecam kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin, mendesak PBB mengambil tindakan tegas terhadap Israel dan negara umat Islam menghentikan normalisasi dengan Israel.

Pekarangan masjid itu bergema dengan laungan “Hidup Palestin,” “Bebas Palestin,” “Israel Cuak,” “Free Palestine” dan takbir sambil penunjuk perasaan membawa sepanduk mendukung hak rakyat Palestin ke atas tanah air dan kebebasan mereka.

Turut hadir menyampaikan ucapan Penasihat Kehormat MyCARE, Dr Hafidzi Mohd Noor; Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Shahrul Aman Mohd Saari; Pengerusi Malaysian Women’s Coalition for Al Quds and Palestine (MWCQP), Dr Fauziah Mohd Hasan dan Pengerusi MyAqsa Defenders, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Hadir bersama dalam himpunan menyatakan solidariti Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin; Timbalan Presiden, Jusni Yusoff dan Ahli Jawatankuasa Pusat, Hj Azman Abd Rashid, serta mantan Presiden, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Himpunan Malaysia Bangkit Bersama Palestin turut diadakan di Masjid Tabung Haji pada waktu yang sama, manakala pada malamnya dianjurkan program Munajat dan Solidariti Untukmu Palestin di Shah Alam.

Ikuti perkembangan Palestin di saluran Telegram https://t.me/terkinipalestin dan salurkan sumbangan kepada rakyat Palestin melalui MyCARE di pautan http://mycare.qrd.by/palestin.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia