Pemimpin Korup, Rasuah: Mengapa Masih Dipilih?

Pemimpin Korup, Rasuah: Mengapa Masih Dipilih? | IKRAM

Fitrah membuktikan bahawa manusia sukakan kepada kebaikan serta berusaha untuk memilih orang yang baik dan bersih daripada salah laku, untuk menjadi pemimpin, mentadbir, membangunkan ekonomi negara serta menjulang negara ke seantero dunia.

Tetapi realiti dalam kancah politik mungkin tidak kelihatan begitu dan seringkali sebaliknya. Sebahagian besar di beberapa negara membangun atau di negara demokrasi, rakyat memilih dan mengangkat semula ahli politik yang disyaki terlibat dengan amalan rasuah, malah yang telah jelas terbukti bersalah.

Sebagaimana Tunisia yang boleh dijadikan contoh berikutan calon dalam pilihan raya presiden negara itu pada 2019 lalu, Nabil Karoui menerima peratusan undi kedua tertinggi, walaupun berada di penjara sementara menunggu siasatan kes rasuah kewangan. 

Mengapakah sebilangan besar rakyat Tunisia memilih Karoui dan bukannya yang lain, walaupun terdapat bukti-bukti rasuah di sekelilingnya?

Adakah Tunisia satu-satunya negara demokrasi di mana seorang yang dituduh rasuah mencapai kepada pusingan kedua pilihan raya presiden dan kembali berkuasa? Jawapannya tidak.

Menerusi sejarah, ia adalah ‘tragedi’ yang berulang, menurut banyak kajian dan penyelidikan akademik yang menangani kajian kes yang sedemikian untuk memahami mengapa masyarakat terutamanya di negara demokrasi, terus memilih semula mereka yang disyaki rasuah kewangan sebagai pemimpin.

Ini menyentuh soal masyarakat yang negaranya mengamalkan demokrasi dan bukannya mengenai kuasa diktator atau penyalahgunaan yang mana undi dibeli dan keputusan dipalsukan.

Persoalan yang wajar dirungkai, mengapa masyarakat secara sedar masih memilih orang yang korup untuk terus berkuasa? Tentunya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan semua itu terjadi.

Pengaruh Media

Orang ramai biasanya mengetahui tentang rasuah kewangan seseorang atau pihak dalam dua cara, secara langsung atau tidak langsung.

Seseorang mungkin terdedah kepada percubaan peras ugut kewangan oleh perasuah secara langsung mahupun secara individu, seperti memaksa seseorang itu membayar sebagai pertukaran untuk perkhidmatan, mengelak daripada tanggungjawab atau kaedah lain mengeksploitasi kewangan untuk kepentingan peribadi.

Sumber tidak langsung ialah apa yang seseorang itu dengar dan tonton melalui pelbagai media, kempen propaganda, mahupun pertuduhan kehakiman.

Walaupun sumber langsung tidak dapat dipertikaikan, sumber tidak langsung terbuka kepada penafian, keraguan dan penolakan, yang mana situasi ini terjadi dalam kes Nabil Karoui.

Kedudukan Karoui amat berpengaruh dalam media Tunisia, yang mana beliau adalah pengasas media dan syarikat pengiklanan Karoui & Karoui pada tahun 2002 dan pemilik Nessma TV yang mendapat kemasyhuran dan tindakan susulan yang meluas selepas berlakunya revolusi pada 2011.

Beliau membenarkan penggunaan medianya untuk menafikan pertuduhan terhadapnya dan menumpukan perhatian untuk menjadi permainan politik sebelum parti-parti saingan yang lain berusaha untuk menyingkirkannya sebagai pesaing yang kuat.

Ia dibantu oleh fakta bahawa dirinya ditangkap hanya beberapa hari sebelum permulaan kempen pilihan raya, walaupun siasatan terhadap kes yang disabitkan terhadapnya telah bermula pada 2017.

Ini mendorong parti menggunakan media massa untuk membuat persepsi bahawa penahanannya adalah atas dasar politik semata-mata, seterusnya mempersoalkan kebebasan badan kehakiman yang telus.

Konteks di mana kes Karoui berlaku berikutan pihak yang berminat untuk menyiarkan berita tentang tuduhan rasuahnya menjelang pilihan raya yang membara, menjadikan kesan maklumat sedemikian agak terhad untuk masyarakat yang tidak yakin.

Barangkali betapa seriusnya tuduhan ini, lebih-lebih lagi kes itu masih belum diputuskan badan kehakiman.

Keyakinan Sumber Maklumat 

Penemuan sebegini menjelaskan bahawa keyakinan rakyat terhadap sumber maklumat mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kesannya terhadap masyarakat.

Di Brazil, semasa pilihan raya Majlis Perbandaran 2008, laporan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mengenai tahap rasuah kewangan di kalangan gabenor dan rakan sekutu mereka di pelbagai kawasan perbandaran.

Difahamkan bahawa stesen radio tempatan yang memperoleh kebolehpercayaan tinggi dalam kalangan pengundi menyiarkan keputusan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, menjadikan keputusan pilihan raya terjejas dengan sangat ketara.

Menurut kajian statistik yang dijalankan pada masa itu, dalam kes kehadiran dua gabenor dari dua wilayah berbeza, tanpa tuduhan rasuah, terbukti kebarangkalian gabenor dipilih semula untuk penggal kedua meningkat sebanyak 17 peratus jika radio rasmi tempatan menyiarkan hasil laporan berbanding persepsi yang mana laporan itu tidak dijalankan.

Penerbitan laporan jawatankuasa melalui radio bagi kes-kes di mana tuduhan rasuah kewangan telah dibuktikan, peluang gabenor untuk menang telah berkurangan secara mendadak.

Keputusannya telah digeneralisasikan di beberapa negara Amerika Latin yang lain, yang mana, semuanya mengesahkan bahawa penyampaian maklumat tentang rasuah kewangan daripada sumber yang dipercayai oleh masyarakat mempunyai kesan yang besar terhadap keputusan peti undi.

Kesedaran Politik

Walau bagaimanapun, kehadiran dan capaian maklumat daripada sumber rasmi yang boleh dipercayai mungkin tidak mencukupi untuk menghalang orang ramai daripada memilih atau memilih semula mereka yang dituduh melakukan rasuah.

Terdapat satu lagi sebab yang kuat dan sangat berpengaruh, terutamanya di negara-negara baru demokrasi, iaitu gabungan parti dan ketiadaan kesedaran politik. Di sini, kita tidak bercakap tentang sejauh mana kesan partisan dalam kes Tunisia sahaja, tetapi juga di banyak negara demokrasi.

Sebagai contoh, satu kajian telah dijalankan di Sepanyol pada tahun 2013 tentang sejauh mana orang mengabaikan rasuah seseorang pegawai jika dia daripada parti yang sama dengan mereka.

Dapatan yang mengejutkan menunjukkan bahawa orang ramai cenderung untuk tidak mengendahkan rasuah calon parti yang dianggotai mereka, di samping menghukum seberat mana-mana calon yang dituduh rasuah jika dia daripada parti pembangkang.

Mungkin mengekstrapolasi keadaan di banyak negara Arab dengan jelas menunjukkan ketepatan hasil kajian ini.

Ini kerana peningkatan sikap tidak bertoleransi dan perpecahan partisan yang berlaku di peringkat masyarakat Arab sejak beberapa tahun lalu serta perpecahan masyarakat yang teruk disebabkan percanggahan arus sekular, Islam dan haluan kiri, menjadikan ahli setiap pihak menutup mata.

Pihak yang melakukan kesilapan, malah jenayah atau yang berkaitan rasuah mungkin dilakukan oleh pemimpin mereka, sebagai balasan kepada media dan penyalahgunaan politik terhadap lawan, ia membesarkan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan hingga ke tahap yang maksimum.

Ini tidak terhad kepada tahap dan suasana pilihan raya umum, malah di semua peringkat, termasuk pilihan raya parlimen, perbandaran dan juga kesatuan, yang mana gabungan parti, ideologi, malah puak mengatasi tuduhan rasuah, pembaziran dan nepotisme.

Selain itu, jika diperhatikan dengan teliti fenomena ini menampakkan suatu dimensi lain. Semakin tinggi kesedaran politik dan tahap kefahaman ahli parti, semakin seimbang kedudukan mereka dalam isu rasuah berkaitan pemilihan pemimpin dan kecenderungannya ke arah penolakan dan menuntut akauntabiliti.

Abai Tuduhan

Rakyat sering mengabaikan tuduhan rasuah jika mereka mempercayai calon dari segi keupayaannya untuk memperbaiki keadaan ekonomi negaranya, lebih-lebih lagi tentang membangunkan demokrasi.

Ini biasanya berlaku melalui kecekapan seseorang itu dalam menguruskan perniagaan dan memiliki institusi besar yang berjaya atau sumbangannya kepada projek-projek mega di peringkat negeri, atau sekiranya keadaan ekonomi telah pulih pada waktu pemerintahannya.

Sebagaimana Nabil Karoui, beliau melakukan kebajikan, pendekatannya kepada orang miskin dan terpinggir serta janji-janjinya untuk memperbaiki keadaan mahupun menyelamatkan mereka daripada kemiskinan.

Semua ini mungkin merupakan sebahagian besar daripada kejayaan Karoui dalam memperoleh yang kedua tertinggi peratusan undi dalam pilihan raya presiden walaupun terdapat syak wasangka yang menyelubunginya.

Jawapan Mengejutkan 

Dalam sebuah kajian yang dijalankan, terdapat jawapan yang mengejutkan, iaitu daripada hampir 600 juta orang dari 18 negara Latin, lebih 54 peratus tidak mempunyai masalah untuk menyokong kerajaan diktator jika ia mahu menyelesaikan masalah ekonomi mereka.

Manakala, 40 peratus lagi mengatakan bahawa pertumbuhan ekonomi lebih penting bagi mereka daripada demokrasi, manakala 42 peratus percaya bahawa kerajaan harus dianggap sebagai pihak berkuasa di atas undang-undang.

Dalam kajian serupa yang dijalankan pada tahun 2015 menunjukkan bahawa masyarakat sering menerima rasuah kewangan daripada kerajaan jika keadaan ekonomi baik, atau orang ramai mendapat manfaat daripada pemotongan cukai atau janji amanah untuk pembaharuan ekonomi untuk jangka masa hadapan.

Selain itu, ketiadaan alternatif bersih yang boleh mencapai keputusan ekonomi yang sama, memberikan lebih kuasa kepada parti atau calon yang korup untuk terus berkuasa.

Kebanyakan masyarakat memilih pemimpin yang rasuah kerana tidak ada pemimpin alternatif yang lebih bersih atau lebih berwibawa untuk bertanding dalam pilihan raya.

Dalam situasi  ini, orang ramai selalunya cenderung untuk memilih pilihan yang paling tidak buruk, yang boleh mencapai keputusan ekonomi terbaik tanpa menghiraukan kesan jangka panjang rasuah kewangan.

Elak Seperti Tunisia

Tidak dinafikan bahawa rasuah kewangan membawa kesan buruk kepada negara. Selain kesannya terhadap keadaan ekonomi terutamanya dalam jangka masa panjang, ia menghalang pencapaian keadilan dalam pengagihan sumber, membawa kepada kadar kemiskinan yang tinggi dalam kalangan rakyat.

Di samping itu, ia mewujudkan suasana tidak percaya antara rakyat dan agensi kerajaan. Kekurangan kesedaran tentang fakta-fakta ini dan meremehkannya adalah salah satu sebab yang membawa kepada krisis ekonomi. 

Sebagai contoh, di Greece pada tahun 2008 yang menjejaskan seluruh dunia dan bertukar menjadi krisis global yang teruk yang tidak pernah terfikir semua itu akan terjadi. Kisahnya bermula dengan kemarahan rakyat terhadap perasuah dan pemilihan semula, walaupun rasuah mereka telah terbukti.

Kemudian krisis meletus yang telah menimpa Greece selama bertahun-tahun dan membawa kepada kemelesetan besar-besaran di peringkat negeri yang memberi impak besar kepada tahap ekonomi global secara keseluruhan.

Tanggungjawab Besar 

Oleh yang demikian, tanggungjawab besar terletak pada parti, kesatuan, institusi media dan pelbagai institusi masyarakat sivil untuk membangkitkan kebimbangan mengenai fakta penting ini. 

Seterusnya, mereka perlu berusaha meningkatkan tahap kesedaran politik dalam kalangan rakyat dan menjelaskan akibat jangka masa panjang najis rasuah untuk mencapai sebuah negara demokrasi yang berkesan yang boleh menyumbang kepada kemajuan sesebuah negara.

Jangan sampai tanah tumpah kita, negara Malaysia ini, menjadi seperti sejarah pahit yang tercetus di Tunisia dan beberapa negara lainnya.

Jadikanlah ia pengajaran. Hapuskan jenayah rasuah dengan sesungguhnya bagi menyelamatkan negara ini.

Ayuh, selamatkan Malaysia!

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Komunikasi Strategik dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia