Pemimpin Korup, Rasuah Jangan Diberi Muka!

Pemimpin Korup, Rasuah Jangan Diberi Muka! | IKRAM

Ketika Saidina Abu Bakar r.a. dilantik sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, beliau menyampaikan khutbah seperti berikut:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah dipilih untuk memimpin kamu semua, dan aku  bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu semua. Sekiranya aku berbuat baik maka bantulah aku, dan sekiranya aku melakukan kesilapan, maka betulkanlah aku. Kebenaran adalah satu amanah dan dusta itu adalah satu pengkhianatan.”

“Taatlah kepadaku selama mana aku taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Tetapi apabila aku melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka tidak wajib kepada kamu semua untuk mentaatiku. Marilah semua mendirikan solat, semoga Allah SWT merahmati kamu semua.”

Bait-bait kalam yang diucapkan oleh Khalifah Saidina Abu Bakar r.a. memperlihatkan sisi perwatakan seorang pemimpin yang berakhlak tinggi dengan ketinggian sifat amanah dan benar. 

Sejarah telah menyaksikan model kepimpinan berkredibiliti dan berintegriti di bawah pimpinan Khalifah Saidina Abu Bakar r.a. selama dua tahun sebelum jawatan khalifah disyura untuk diserahkan kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. yang menyambung legasi kepimpinan yang disegani. [1]

Kemelut Kepimpinan Guris Hati Rakyat

Menyingkap realiti situasi kepimpinan di Malaysia yang dilanda kontroversi  kesalahan jenayah yang bersilih ganti memenuhi ruang utama depan akhbar, ia sesungguhnya telah menconteng imej Malaysia di mata dunia.

Pada 23 Ogos lalu, mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak telah dikekalkan hukuman penjara sebanyak 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan melibatkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta. 

Masyarakat telah saksikan respons daripada pelbagai kepimpinan termasuk pimpinan parti, para agamawan, ilmuwan dan tidak ketinggalan tokoh masyarakat terhadap keputusan penghakiman kes beliau. 

Kes berprofil tinggi ini mendapat liputan meluas bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara. Ketika rakyat bersyukur kerana tertegaknya keadilan terhadap kepemimpinan kleptokrat, reaksi sebahagian pemimpin parti termasuk sebilangan tokoh masyarakat mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Amat menghairankan apabila tokoh-tokoh ini melahirkan simpati atas hukuman jenayah yang dikenakan dan mempersoalkan keputusan penghakiman yang telah dijalankan secara teliti di pelbagai peringkat mahkamah melibatkan berpuluh-puluh saksi, semakan dan penelitian beribu-ribu halaman dokumen selama beberapa tahun lamanya. 

Tambahan lagi, usaha memohon pengampunan sejurus selepas sehari penghakiman dibuat dan mempengaruhi masyarakat agar turut bersimpati terhadap orang yang dijatuhkan hukuman benar-benar mengguris hati rakyat yang sebenarnya menjadi mangsa dalam isu penyelewengan dan ketirisan dana serta penyalahgunaan kuasa.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa kuasa untuk menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ia bakal dipertanggungjawabkan di hari kemudian.

Baginda bertitah, “Keadilan tentunya tidak akan tercapai jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang sudah ternoda.”

“Akibatnya, pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa. Maka, titik permulaan bagi menghalalkan penindasan dan kezaliman akan berlaku dalam suatu sistem pemerintahan.”

Baginda dilaporkan bertitah demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian dan permasyhuran Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang [2]. 

Kita junjung saranan Baginda Yang Di-Pertuan Agong ini.

Penyalahgunaan Kuasa Yang Dihalalkan Pemimpin

Sungguh ironi apabila negara  yang mendaulatkan undang-undang, tetapi mempunyai sebilangan pimpinan tertinggi yang tetap menjunjung kepemimpinan kleptokrat dan memperlekehkan fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang meletakkan visi mewujudkan Malaysia yang bebas daripada rasuah dan menjadikan SPRM agensi pencegahan rasuah bertaraf dunia.

Kepimpinan yang sewajarnya menunjukkan contoh tauladan baik untuk diikuti, telah memberikan gambaran salah kepada masyarakat bahawa bahawa isu kesalahan rasuah bukan zalim, tidak merosakkan, boleh dimaafkan dengan mudah dan pesalah jenayah tetap boleh diangkat sebagai pemimpin yang perlu dihormati dan diletakkan kepercayaan. 

Jika begitu, timbul persoalan keadilan bagi masyarakat awam yang melanggar akta undang-undang yang sama. 

Sikap kepimpinan sebegini  seolah-olah menunjukkan ada dua darjat iaitu undang-undang yang terpilih untuk golongan yang berkuasa dan berpengaruh dan yang lain untuk  masyarakat yang lemah tanpa pengaruh. Ini tidak adil, titik! 

Impak Rasuah Kepada Rakyat

Kesan langsung perbuatan rasuah terhadap kesejahteraan hidup rakyat dapat dilihat dalam kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor yang telah didapati bersalah menerima suapan RM6.5 juta membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 billion.

Kes ini melibatkan kompromi terhadap nasib pelajar-pelajar di 369 sekolah di luar bandar yang belajar dalam serba kekurangan dan ketidakselesaan disebabkan tidak mempunyai bekalan elektrik tetap dan hanya bergantung kepada genset diesel untuk menjana elektrik. 

Dalam gerabak bergerak menuju transformasi era digitalisasi, negara masih terbeban dengan isu kemunduran dalam sektor pendidikan apabila masih wujud lagi sekolah berkategori daif.

Kementerian Pendidikan (KPM) mendedahkan, sebanyak 351 buah sekolah di Sarawak dikenal pasti sebagai sekolah daif. Jabatan Kerja Raya (JKR) mengisytiharkan 107 daripada sekolah daif sebagai tidak selamat berskala 7. Manakala baki 244 sekolah lagi, disahkan sebagai tidak selamat berskala 6 daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) [3]. 

Terjadinya peristiwa penyalahgunaan dana dan kuasa menambah pedih pada luka rakyat. Ini adalah pengajaran penting kepada rakyat untuk serius berfikir dan menilai dengan  mendalam agar memilih pemimpin yang benar dan tepat iaitu pemimpin yang boleh membawa kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara, bukan pemimpin yang terpalit dengan rasuah.

Negara bukan sahaja memerlukan pemimpin yang berakhlak tinggi tetapi mereka yang cekap mengurus tadbir hal ehwal negara. Asasnya, kecekapan dan ketelusan dalam mentadbir dapat direalisasikan apabila adanya mekanisme semak dan imbang yang berkesan dan kebal daripada pengaruh kepentingan mana-mana pihak.

Kehormatan Itu Diperoleh, Bukan Diminta

Pemimpin perlu sedia akui kesalahan, menerima teguran dan mahu dibaiki.  Rakyat perlu sedar yang mereka turut berhak untuk mengawal kuasa pemerintah dengan terlibat sama melakukan audit dalam tindakan pemimpin agar pemimpin tidak tersasar dalam visi dan misinya membawa kemajuan dan kebaikan untuk nusa, bangsa dan agama.

Prinsipnya, rakyat tidak perlu mentaati pemimpin hanya disebabkan mereka adalah pemimpin, tetapi ketaatan itu disalurkan pada tempat yang benar iaitu mentaati pemimpin selagi pemimpin itu mentaati Allah SWT dan menjalankan pemerintahan dalam syariat Allah.

Peribahasa ada menyebut, “Tuah yang  disembah, junjung yang dipanjat.”

Oleh itu, pemimpin yang berkredibiliti dan memiliki integriti akan menarik kesetiaan dan memperoleh kehormatan daripada rakyat tanpa diminta, bahkan musuh turut mengangkatnya dan mengiktiraf kepemimpinannya.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Rujukan:

1. Khutbah Pertama Saidina Abu Bakar RA
2. Titah Agong
3. Sekolah Daif Sarawak

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia