Pembunuh Jamal Khashoggi masih bebas?

Penyelidik Turki, Hatice Cengiz, menganggap bahawa pembunuh wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi masih bebas, walaupun sudah tiga tahun berlalu sejak pembunuhannya di konsulat Saudi, di Istanbul pada 2 Oktober 2018.

 

“Tiga tahun sejak ketiadaan Jamal dan keadilan masih tidak wujud, sudah tiga tahun dan pembunuhnya masih bebas,” ujar Cengiz melalui akaun Twitternya.

 

Tetapi beliau hanya dapat mengulangi pepatah terkenal Khashoggi, sambil berkata: 

 

“Anda tetap hidup di hati saya dan di hati jutaan orang yang anda sayangi, agar keadilan dapat ditegakkan.”

 

Pada September 2020, pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan keputusan akhir terhadap lapan defendan dalam kes pembunuhan Khashoggi.

 

Hukuman 20 tahun penjara dijatuhkan kepada lima defendan, sementara hukuman tiga defendan lain antara tujuh hingga 10 tahun penjara.

 

Hatice Cengiz bersama organisasi Demokrasi untuk Dunia Arab (DAWN) mengemukakan tuntutan di sebuah mahkamah di ibu kota Amerika, Washington pada tahun 2020 terhadap Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman dan 28 orang Arab Saudi lainnya.

 

Surat-surat tuntutan itu menunjukkan bahawa Cengiz dan Khashoggi adalah tunangannya yang sepatutnya akan bernikah pada 16 September 2018.

 

Cengiz telah bergabung dengan sekumpulan aktivis hak asasi manusia dan disertai organisasi DAWN, dalam kawalan di depan kedutaan Saudi di Washington pada Jumaat lalu, ketika mereka membawa gambar Khashoggi serta sepanduk yang mendesak keadilan untuk Khashoggi bagi memperingati ulang tahun ketiga kematian wartawan itu.

 

Bangunan Kongres AS menyaksikan satu lagi demonstrasi di hadapannya di mana gambar besar Khashoggi dilancarkan dan organisasi hak asasi manusia turut menganjurkan seminar serta acara lain untuk memperingati beliau.

 

Dalam pernyataan yang menandakan ingatan kepada Khashoggi, Setiausaha Negara AS Anthony Blinken menegaskan komitmen negaranya untuk mempertahankan kebebasan bersuara dan melindungi wartawan, aktivis dan pembangkang di mana-mana.

 

“Sejak laporan yang tidak diklasifikasikan mengenai pembunuhan Khashoggi dikeluarkan ke Kongres pada bulan Februari di Konsulat Saudi di Istanbul, kami telah mengambil langkah-langkah untuk mencegah berulangnya tragedi keji seperti itu,” tambah Blinken.

 

Siapa yang terlibat?

 

Dalam laporan yang diterbitkan oleh pentadbiran Presiden Joe Biden Februari lalu, perisik AS mengatakan:

 

“Kami merasakan bahawa Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman meluluskan operasi di Istanbul, Turki untuk menangkap atau membunuh Khashoggi.”

 

Laporan itu menyenaraikan 21 nama yang mana sebelum itu, tiga daripadanya telah dipadam.

 

Pada 2 Oktober 2018,  Khashoggi memasuki konsulat Saudi di Istanbul, Turki untuk mengurus dokumen menikahi Cengiz dan tidak pernah dilihat lagi selepas itu.

 

Beberapa media AS melaporkan bahawa kerajaan Turki mempunyai rakaman audio dan video yang menurut mereka sebagai bukti bahawa Khashoggi dibunuh di dalam konsulat Saudi.

 

Pegawai AS dan Turki dilaporkan mengatakan rakaman itu menunjukkan pasukan keselamatan Saudi menahan Khashoggi ketika dia mengambil dokumen untuk menyelesaikan urusan pernikahannya. Dia kemudian dibunuh dan mayatnya dibongkar.

 

Namun, Arab Saudi menafikan pembabitan dalam kehilangan Khashoggi.

 

Dibunuh kerana mengkritik Arab Saudi?

 

Jamal Khashoggi memulakan kariernya sebagai wartawan ketika beliau berkawan dengan Osama bin Laden, hingga menjadi pembangkang di Arab Saudi hingga perlu meninggalkan negaranya.

 

Sebelum didapati hilang di konsulat Saudi di Istanbul, Khashoggi membuat keputusan untuk mengasingkan diri bagi memperuntukkan waktunya antara Amerika Syarikat, UK dan Turki.

 

Khashoggi meninggalkan Arab Saudi pada bulan September 2017 setelah berbeza pendapat dengan kerajaan kerajaan Arab Saudi.

 

Dari luar negeri, beliau menyebarkan pandangan dan kritikan terhadap kerajaan Arab Saudi melalui kolumnya di akhbar Amerika Syarikat, Washington Post dan menerusi akaun Twitternya yang sangat popular dengan lebih 1.6 juta pengikut.

 

Biden berjanji akan cari pembunuh Khashoggi?

 

Presiden AS pada ketika itu, Donald Trump meremehkan hal tersebut dengan mengatakan bahawa yang lebih penting adalah Arab Saudi membeli senjata AS dan menyelesaikan permusuhan dengan Iran.

 

Berikutan itu, Joe Biden bersumpah akan melakukan pendekatan yang lebih keras dan menjatuhkan hukuman kepada Arab Saudi.

 

Terdahulu pada 11 November 2018, seorang wartawan kanan Turki mendedahkan butiran daripada rakaman audio rahsia yang merekodkan pembunuhan kejam Khashoggi.

 

Individu yang membunuh Khashoggi memasukkan plastik pada kepalanya untuk mencekik dan melemaskannya.

 

Sebelum itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, rakaman audio pembunuhan Khashoggi sudah dikongsi dengan Arab Saudi, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Britain.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia