Peluang qurban datang lagi!

“Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan qurban.”

Insya-Allah, sekali lagi kita berpeluang untuk beramal di samping membantu umat Islam di negara-negara yang memerlukan bagi tahun yang ke-15. Sasaran kita pada kali ini ialah sebanyak 650 ekor lembu dan kambing untuk diagihkan ke 16 buah negara umat Islam iaitu Indonesia, Vietnam, Kemboja, Thailand, Filipina, Myanmar, Sri Lanka, Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Palestin, Sudan, Iraq, Syria, Lubnan dan juga di negara kita Malaysia.

Kami menyeru kepada tuan/puan untuk bersama-sama menyertai dan menyertai program ini. Penyertaan tuan/puan amat besar ertinya kepada penerima yang sangat mendambakan santunan daripada kita semua. Tautan ukhuwwah yang bakal terjalin melalui program ini akan melahirkan kesyukuran di hati penerima. Pastinya ini menggamit doa yang berterusan daripada penerima untuk anda yang telah menyumbang.


Pengorbanan hanya dilakukan oleh orang yang terpilih oleh Allah SWT. Tiadalah kesanggupan melakukannya melainkan ke atas orang yang benar-benar bertaqwa dan juga bertawakkal kepada Allah sahaja. Semoga ibadah qurban ini, maka akan lahirlah keinsafan dalam diri kita untuk turut berkorban di jalan Allah.

“Daging dan darah binatang qurban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” (Al-Hajj: 37)

Ibadah buat kita, kegembiraan buat mereka. Selamat menjalankan ibadah qurban. Semoga ibadah qurban kita mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

Jom bersama Qurban Kasih Ummah!

 

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad

Presiden IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia