Pelbagai Agama, Kaum Hadiri Majlis Iftar Perpaduan

SERI KEMBANGAN – Buat julung kalinya Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menganjurkan Majlis Iftar Perpaduan yang mengumpulkan seramai kira-kira 45 individu dari pelbagai latar belakang agama dan kaum pada Sabtu, 6 April lalu.

Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin dalam ucapan meraikan para tetamu, menzahirkan penghargaan kepada semua yang telah meluangkan masa untuk hadir walaupun majlis tersebut dirancang dalam tempoh yang singkat.

“Harapan kami adalah agar perjumpaan seperti ini dapat memperkukuhkan perpaduan antara pelbagai kaum dan agama,” ujarnya sambil menyatakan hasrat untuk mewujudkan kerjasama yang erat dalam membina sebuah negara madani yang aman, makmur dan sejahtera.

Walaupun IKRAM sebelum ini telah beberapa kali menganjurkan majlis iftar bersama pertubuhan-pertubuhan bukan Islam melalui institusinya, namun ini merupakan kali pertama iftar sebegini diadakan di Ibu Pejabat IKRAM yang turut melibatkan pertubuhan-pertubuhan Muslim lain.

Para hadirin menyatakan kegembiraan mereka atas penganjuran majlis iftar ini dan mengungkapkan harapan supaya akan ada lebih banyak lagi perjumpaan serupa pada masa akan datang.

Suasana suai kenal ini dimaknai dengan perkongsian pengalaman oleh wakil-wakil NGO mengenai usaha-usaha mereka dalam memelihara perpaduan masyarakat.

Naib Presiden Gerakan Belia Se-punjabi Malaysia (GBSM), Harmit Singh yang aktif dalam kempen-kempen Palestin, turut hadir dalam majlis tersebut. 

Pada 26 Mac lepas, GBSM bersama Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) telah mengadakan majlis berbuka puasa yang mengundang semua etnik berbilang bangsa. 

Setiausaha Agung IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd menyatakan bahawa majlis ini telah menjadi pengalaman pembuka mata bagi semua yang hadir, baik Muslim mahupun bukan Muslim.

xr:d:DAGBzQXVrCU:2,j:3200231730487677507,t:24040805

 Ini kerana mereka dapat saling mengenali secara langsung sambil memahami inisiatif yang dijalankan oleh masing-masing organisasi dalam usaha membina masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik.

Pertubuhan-pertubuhan yang hadir adalah Better Dads Malaysia, Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM), Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), LLG Cultural Development Centre, EWRF, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tamil Foundation, Allied Coordination Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN), Buddhist Missionary Society Malaysia, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN).

Turut memeriahkan majlis ialah Pengerusi Bersama Better Dads Malaysia (Jason Leong), CEO ACCIN (Hj Ir Mohd Jamaludin Shamsudin), Timbalan Setiausaha Huazong, (Stanley Yong) dan Penolong Setiausaha Tamil Foundation (Usharani Sarkunavalu). 

Majlis ini turut mendapat sokongan daripada Persatuan Ulama Malaysia yang menghantar wakilnya, Prof Madya Dr Saupi Man.

Hadir bersama meraikan tetamu Timbalan Presiden IKRAM Jusni Yusoff, Bendahari Ismail Yusoff Awang, serta Ahli-ahli JKP Dr Diana Katiman dan Dr Sabariah Baharun.

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia