Pelancaran sambutan Hari Bapa 2011 ‘Bapaku Heroku’

Demikian antara intipati kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat (JKPM) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersempena dengan pelancaran sambutan Hari Bapa 2011 di Hotel Singgahsana di sini hari ini.

Pengerusi JKPM IKRAM, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berpendapat, gejala negatif yang melanda institusi rumahtangga pada hari ini berpunca daripada lemahnya kepemimpinan seorang bapa sebagai ketua keluarga sehingga kewibawaannya sering dipersoal dan mereka tidak lagi dilihat sebagai contoh oleh anak-anak.

“Ketiadaan bapa sebagai ‘hero’ mendorong anak-anak mencari orang luar yang diharap dapat mengisi peranan tersebut. Keadaan ini menyebabkan sering kali anak remaja terpedaya oleh pihak yang mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberi oleh remaja,” ujar beliau.

Sama ada anak lelaki atau perempuan, katanya lagi, bapa akan menjadi ‘role model’ kepada anak-anak. Kajian mendapati remaja perempuan yang terjebak dengan pergaulan bebas selalunya dibesarkan tanpa kehadiran seorang bapa atau tidak mendapat perhatian dan kasih sayang seorang bapa. Bagi anak-anak lelaki yang sudah berkahwin pula, cara mereka melayani isteri sering terbawa-bawa oleh bagaimana bapanya menyantuni ibunya dahulu.

Dr Hafidzi turut menarik perhatian dengan mengetengahkan panduan kebapaan yang digariskan oleh Saidina Ali radiallahuanhu iaitu untuk bermain, mendisiplinkan dan berkawan dengan anak-anak pada tempoh umur tertentu.

“’Berkawan’ dengan anak adalah satu skil yang perlu dikuasai oleh para bapa pada hari ini. Mereka perlu memahami sedikit sebanyak laras bahasa yang digunakan oleh remaja, bahkan seorang bapa harus menguasai sedikit sebanyak gajet teknologi dan medium komunikasi terkini,” katanya. Beliau memberi contoh seorang bapa wajar memiliki akaun laman sosial ‘facebook’ agar dapat selalu berinteraksi dengan anak-anak.

Selain itu, tambahnya, para bapa harus diberikan ruang yang luas untuk merealisasikan dan berkongsi peranan kebapaan mereka, bukannya terus dikritik atas kepincangan yang melanda masyarakat seolah-olah merekalah punca utamanya.

Program sambutan Hari Bapa 2011 dengan tema ‘Bapaku Heroku’ ini dilancarkan oleh JKPM IKRAM Selangor bersama Wanita IKRAM Selangor dengan sokongan padu Exco Hal Ehwal Wanita Kerajaan Negeri Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha IKRAM Selangor, Hj Ridzuan Harun.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Wanita IKRAM Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim, Ketua Wanita IKRAM Selangor Dr Roohaida Othman, Bendahari IKRAM Selangor Hj Mohd Kamal Mohd Rathi dan Penolong Setiausaha IKRAM Selangor Rusman Abu Samah.

Bagi mewujudkan kesedaran masyarakat, penanda buku bertemakan Hari Bapa akan diedarkan kepada orang ramai oleh kesemua cawangan IKRAM di 13 daerah di negeri Selangor.

Sebuah forum Hari Bapa, ‘Bapaku Heroku’ akan diadakan pada 10 Julai 2011 di Dewan Orang Ramai Seksyen 19, Shah Alam manakala aktiviti pengukuhan hubungan kekeluargaan ‘Explorace’ bertema ‘Father, U R the Man!’ akan menyusul selepas forum.

Orang ramai dijemput untuk turut serta dalam program-program tersebut.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia