IKRAM diwakili Penolong Setiausaha Agung, Hj Muhamad Yaakub Idris, Pengurus Pejabat Presiden, Ustaz Shamsul Maarif Ismail, Pengerusi JK Tarbiah Ustaz Tajul Ariffin Che Zakaria, Ketua Unit Penyelidikan IKRAM, Arifin Hasan dan beberapa pegawai IKRAM.
Dalam lawatan tersebut, pegawai PKS diberikan taklimat dan persembahan multimedia mengenai IKRAM oleh Hj Yaakub. Seterusnya Pak Umar mewakili PKS memberi taklimat ringkas mengenai PKS dan perkembangan terkini penglibatan PKS dalam pilihanraya Gabenor Jakarta melalui calonnya Hidayat-Didik pada Julai yang lalu.
Beliau turut berkongsi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh PKS sebagai parti yang berasaskan Islam untuk memenangi hati rakyat Indonesia dalam pemilihan umum (pilihanraya umum – PRU). Sesi soal jawab dan perkongsian antara IKRAM dan PKS turut diadakan selepas taklimat tersebut.
Majlis diakhiri dengan pemberian plak dan cenderahati oleh wakil Presiden IKRAM, Ustaz Shamsul kepada wakil PKS, Umar Salim. Pak Umar turut memberikan cenderahati balas PKS kepada IKRAM berupa plak dan kain batik PKS. Semoga perkongsian antara gerakan Islam ini memberikan manfaat dan pengalaman berharga dalam dakwah dan tarbiah di Indonesia dan Malaysia, insya-Allah.
Gambar utama dari kiri: A Ralim, Ust Shamsul, Ust Tajul, Arifin Hasan, Abdul Jalil, Umar, Bachtiar dan Andi.