Parti anak muda bakal warnai PRU15?

Melihat situasi politik di Thailand, pada bulan September 2018, Future Forward Party (FFP) secara rasmi diakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, yang membolehkan parti anak muda itu mula mendaftar keahliannya.

 

FFP ditubuhkan setahun sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Thailand pada Mac 2019 oleh sekumpulan anak muda pelbagai latar belakang. Strategi kempen yang dilaksanakan adalah fokus kepada media sosial.

 

Dalam PRU itu, parti tersebut telah memenangi 30 kerusi di parlimen termasuk pemimpinnya Thanathorn Juangroongruangkit dan Piyabutr Saengkanokkul, hasilnya jauh lebih baik daripada yang diharapkan untuk parti baharu itu.

 

Parti itu kemudiannya memperoleh kerusi tambahan daripada pilihan raya kecil di Chiang Mai, menjadikannya 81 kerusi, menjadikannya parti ketiga terbesar di negara itu dan menjadi sebahagian daripada blok pembangkang.

 

Namun parti itu dibubarkan dalam keputusan Mahkamah Perlembagaan pada 21 Februari 2020, yang mengatakan bahawa parti itu melanggar undang-undang pilihan raya mengenai sumbangan kepada parti politik.

 

Manakala di Perancis, terdapat parti anak muda yang diberi nama La République En Marche! di bawah Presidennya Emmanuel Macron.

 

Parti La République En Marche ditubuhkan pada 6 April 2016 di Amiens oleh Emmanuel Macron, ketika itu berusia 38, dengan bantuan penasihat politik Ismaël Emelien.

 

Pengumuman En Marche! adalah petunjuk pertama oleh Macron bahawa beliau merancang untuk mencalonkan diri sebagai Presiden menggunakan parti itu untuk mengumpul dana dan seterusnya untuk pemilihan presiden.

 

Pelancaran parti itu mendapat liputan meluas di seluruh media dan ia terus memuncak ketika ketegangan meningkat antara Macron dan menteri-menteri kerajaan kerana kesetiaannya dipersoalkan.

 

Di Malaysia, belum ada lagi parti politik yang memberikan fokus mengangkat anak muda sebagai pemimpin tertinggi dan memberikan perhatian khusus terhadap isu-isu mereka.

 

Namun, hampir semua parti politik mempunyai sayap yang dikhaskan untuk golongan belia seperti pemuda dan wanita muda.

 

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan hasrat menubuhkan sebuah parti anak muda.

 

Pelbagai suara-suara didengari daripada penjuru lapisan dengan tersebarnya hasrat ahli parlimen termuda yang sebelum ini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 

Ramai menyambut baik idea yang dilontarkan beliau. Namun, terdapat juga anak muda yang masih berasa was-was untuk melibatkan diri dengan parti yang diterajui oleh mantan Menteri Belia dan Sukan ini.

 

Mereka beranggapan beliau perlu menilai secara mendalam dan rapi agar parti yang bakal ditubuhkan itu mempunyai kekuatan serta hala tuju yang jelas untuk Malaysia.

 

Akan tetapi, terdapat juga suara-suara sinis yang menidakkan perancangan yang disuarakan  mantan Ketua Armada PPBM itu.

 

Menurut seorang anak muda bernama Tarmizi Anuwar menerusi status Facebooknya:

 

“Sering kali orang yang mengkritik idea penubuhan parti anak muda tidak terlepas daripada kerangka parti hanya untuk anak muda dan isu yang diperjuangkan hanya untuk anak muda. Ini cara pandang yang salah. Parti anak muda tidak semestinya terperangkap dalam kerangka ini.”

 

“Kedua, benda penting untuk difahami adalah konsep parti berasaskan anak muda tidak semestinya meletakkan had umur atau hanya untuk orang muda tetapi dibuka juga kepada masyarakat umum. Namun, yang lebih penting ia membawa idea dan semangat pemikiran orang muda.”

 

Berbeza pula dengan pandangan Jaapar al Maliq, beliau menyatakan sokongannya terhadap hasrat YB Ahli Parlimen Muar itu.

 

Menurutnya, sudah sampai masanya orang muda lebih aktif berpolitik dengan real, bukan berpolitik di media sosial membabi buta sahaja tanpa hala tuju.

 

Ini kerana beliau yakin, ramai anak muda mula muak dengan karenah orang tua berpolitik, maka ini adalah peluang mantan menteri ini untuk membuktikan bahawa orang muda juga boleh berpolitik dengan bijak.

 

Di samping itu, beliau turut menzahirkan rasa bosannya dengan sandiwara politik yang terdiri daripada orang yang sama sejak beberapa tahun yang lepas.

 

“Sudah sampai waktunya orang muda tunjuk mereka punya handal dalam bidang politik negara kita.”

 

Beliau juga turut menyarakan agar sekalian rakyat Malaysia melihat perkara ini dari sudut positifnya.

 

Dalam pada itu, mantan menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyokong rancangan Syed Saddiq ini untuk memecahkan dominasi ahli politik veteran, apalagi negara perlu menjauhkan diri daripada politik yang menumpukan pada status tertentu sahaja.

 

Menurutnya lagi, politik adalah mengenai peningkatan secara menyeluruh sama ada dalam konteks peluang ekonomi, pendidikan atau kesejahteraan sosioekonomi.

 

Rekod yang diciptakan Syed Saddiq cukup baik ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan hingga menjadikan beliau sebagai ahli kabinet termuda dalam sejarah politik Malaysia seterusnya membenamkan rekod yang dipegang oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Hakikatnya, kepimpinan terletak pada diri individu tanpa mengira usia, jantina, agama kaum dan yang sewaktu dengannya, kerana seorang pemimpin memimpin semua orang, bukan hanya kumpulannya sahaja.

 

Boleh jadi inilah waktunya untuk memulakan gerakan menghimpunkan anak muda dalam sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk memastikan aspirasi dan suara mereka akan didengari di dalam dan luar Parlimen.

 

Boleh jadi itulah yang dinanti-nanti oleh sekalian anak muda bagi melihat Malaysia diterajui oleh anak muda yang berkebolehan, memimpin negara dan besarlah harapan agar ianya direalisasikan menjelang PRU15 kelak.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia