Jadilah yang terbaik, paling bermanfaat

Satu persoalan yang sewajarnya ditanyakan kepada diri semenjak kita hidup di dunia ini, adakah kita sudah menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang sekeliling, ahli keluarga, jiran tetangga, masyarakat juga negara?

 

Daripada Jabir bin Abdullah RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

 

خَيْرُ الناسِ أَنفَعُهُم لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

 

(Hadis Riwayat Thabrani, Al-Mu’jam al-Ausath, juz VII, hal. 58, disahihkan Muhammad Nasiruddin al-Albani dalam kitab As-Silsilah as-Sahihah)

 

Menjadi peribadi yang bermanfaat adalah salah satu karakter yang harus dimiliki oleh seorang Muslim. Seorang Muslim lebih disarankan untuk memberikan manfaat kepada orang lain, bukan hanya mencari manfaat daripada orang atau memanfaatkan orang lain.

 

Implementasi konsep Islam

 

Ini adalah bahagian daripada implementasi konsep Islam yang penuh cinta iaitu memberi.

 

Antara amalan yang paling dicintai oleh Allah Subhanahuwataala ialah membuat orang lain bahagia antaranya dengan cara meringankan kesusahannya, mempermudahkan urusan mereka dan menghilangkan rasa laparnya. 

 

Seorang Muslim yang pergi untuk membantu memenuhi keperluan seseorang, lebih dicintai Allah daripada dia beriktikaf sebulan di Masjid Nabawi. 

 

Menjadi orang yang bermanfaat tidak semestinya memerlukan pengorbanan wang ringgit atau harta.

 

Mengajar ilmu kepada orang lain, berdakwah mengikut kemampuan kita, memberi sokongan moral atau bantuan tenaga juga sudah dikira memberi manfaat kepada orang lain.

 

Setiap sesuatu yang dapat memberi kemudahan, kelegaan atau kebaikan kepada orang lain adalah dikira bermanfaat. 

 

Bagaimana kita sebenarnya?

 

Sangat ironinya, jika orang yang berharta lebih kerap naik haji berulang kali daripada membantu kaum dhuafa’ (orang-orang daif) yang memerlukan. Banyak juga orang berada yang membangunkan masjid mewah, sedangkan di sekelilingnya masih banyak kaum fakir miskin yang menantikan untuk dibantu.

 

Padahal Allah tidak memerlukan disembah dengan indahnya masjid ataupun ibadah haji yang berulang-ulang.

 

Mengapa kita tidak pernah berfikir untuk beramal soleh dengan cara ‘memberi manfaat’ kepada semua orang yang berinteraksi dengan diri kita, atau (bahkan) beramal soleh dengan cara berbuat baik kepada sesama makhluk Allah, yang lebih diutamakan dalam situasi dan kondisi tertentu daripada sekadar membangunkan kesolehan spiritual yang tidak banyak berguna bagi orang lain?

 

Amatlah tidak wajar kita mengatakan bahawa urusan akhirat itu lebih penting daripada urusan dunia, atau sebaliknya kerana kedua-duanya saling melengkapi.

 

Kembali kepada diri

 

Selain itu, berusahalah memberi manfaat kepada orang lain kerana semuanya akan kembali untuk kebaikan diri kita sendiri, sebagaimana firman Allah:

 

إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ…

“Jika kamu berbuat baik, sesungguhnya kamu berbuat baik untuk diri kamu sendiri..” (Surah al-Israa’ 17: 7)

 

Daripada Abdullah bin Umar RA, sabda Rasulullah SAW:

 

… وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ

“… dan sesiapa (yang bersedia) membantu keperluan saudaranya, maka Allah (akan senantiasa) membantu keperluannya.”

 

(Hadis Riwayat Bukhari, Sahih al-Bukhari, juz III, Hal. 168, No. 2442 dan Muslim, Sahih Muslim, juz VIII, Hal. 18, No. 6743)

 

Insya-Allah, jika kita ikhlas membantu makhluk lain yang memerlukan bantuan, yakinlah bahawa Allah akan menyediakan ganjaran buat kita dan pada hakikatnya kebaikan tersebut itu akan kembali kepada kita.

 

Semoga kita adalah Muslim yang bermanfaat dan memberi manfaat itu!

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia