Palestin meraikan kemenangan!

Dalam pada itu, Presiden AS Joe Biden berjanji akan membantu mengurangkan bebanan yang disebabkan pertempuran terburuk antara kedua-dua pihak selama bertahun-tahun melalui bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

 

Sebagaimana laporan Agence France-Presse, sebelum gencatan senjata, tembakan roket Palestin terus berlanjutan dan Israel melakukan sekurang-kurangnya satu serangan udara.

 

Pada minit pertama berlakunya gencatan senjata, Semenanjung Gaza meraikan kemenangan itu. Manakala di pihak Israel tidak ada satu pun sambutan yang diketahui.

 

Justeru, selama 11 hari tragedi itu terjadi, ia sangat memberi amaran kepada penduduk Israel dengan lebih 4,300 roket yang ditembakkan oleh pejuang Palestin dari Gaza yang dikepung menuju negara Israel.

 

Persepakatan gencatan senjata

 

Kabinet keselamatan Israel, Hamas dan Jihad Islam sepakat pada malam Khamis untuk melakukan gencatan senjata.

 

“Kabinet sebulat suara menyetujui cadangan semua pegawai keselamatan untuk menerima inisiatif Mesir bagi mengadakan gencatan senjata dua hala tanpa syarat,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

 

Pegawai daripada Hamas dan Jihad Islam pula mengesahkan persetujuan gencatan senjata, yang akan mula berkuat kuasa pada pukul 2.00 pagi Jumaat.

 

Mesir juga menjadi perantaraan untuk mengumumkan gencatan senjata di Gaza yang bermula pada waktu subuh pada hari ini.

 

Perkembangan ini terjadi sehari setelah Presiden AS, Joe Biden mendesak Netanyahu untuk bertenang dalam usaha proses perundingan oleh Mesir, Qatar dan PBB.

 

Seorang pegawai Hamas mengatakan bahawa gencatan senjata akan berlaku sama dan serentak.

 

Serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Hamas dan gerakan Jihad Islam disambung semula awal hari ini setelah berhenti selama lapan jam, dan Israel meneruskan pengebomannya, yang dikatakan bertujuan untuk menghancurkan kemampuan ketenteraan Palestin serta mencegah mereka terlibat dalam sebarang perbincangan pada masa depan.

 

Maklum balas daripada pemimpin Hamas pula mengenai gencatan senjata di tengah serangan berterusan di Gaza disambut baik.

 

Pegawai kesihatan Gaza mengatakan bahawa sejak tercetusnya pertempuran pada 10 Mei lalu, seramai 232 orang telah terbunuh termasuk 65 anak-anak dan 39 wanita, dan lebih 1,900 telah cedera dalam pengeboman udara.

 

Dalam pada itu, pihak berkuasa Israel menyatakan bahawa jumlah kematian mencapai 12 di Israel, dan beratus-ratus dirawat kerana cedera akibat serangan roket yang menyebabkan panik dan menyebabkan mereka lari ke tempat yang lebih selamat.

 

Presiden AS, Biden pada Khamis telah membincangkan situasi di Gaza dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dan Rumah Putih dengan mengatakan bahawa usaha-usaha menuju persetujuan gencatan senjata ini adalah sangat menggalakkan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia