PAKSI IKRAM berforum dalam penjara

Forum yang berlangsung selama dua jam itu menampilkan Pengerusi Hidayah Centre Hulu Selangor, Hj Kamarul Zaman Noor Mohamed, Pelajar Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS), Saudari Nurul Iman Kujat dan Pengurus PAKSI IKRAM, Puan Faridah Maludin yang bertindak sebagai moderator, yang disertai kira-kira 50 orang penghuni penjara berbeza usia yang terlibat dalam program ini termasuk beberapa banduan muallaf.

Menurut Puan Faridah, objektif forum ini adalah bagi memberi pemahaman mengenai tanggungjawab menjadi muslimah, memahami hukum-hakam, keindahan Islam, membudayakan Islam sebagai cara hidup dan menjiwai hakikat keimanan.

Saudari Nurul Iman turut berkongsi pengalaman beliau ketika mula-mula memeluk Islam, penerimaan keluarga dan sebab beliau memilih Islam sebagai agama pegangan. Sementara itu, Hj Kamarul Zaman atau lebih mesra disapa Cikgu turut berkongsi pengalaman beliau mengurus dan menyantuni muallaf serta memberi kata-kata semangat kepada penghuni penjara yang hadir.

PAKSI IKRAM adalah satu bentuk khidmat masyarakat atau “community service” oleh IKRAM sebagai satu terjemahan berbentuk praktikal terhadap keprihatinan IKRAM kepada ahli masyarakat khususnya dalam hal ehwal yang berkaitan dengan remaja, wanita dan keluarga.

PAKSI IKRAM mempunyai empat unit iaitu Unit Khidmat Nasihat Wanita dan Remaja, Unit Khidmat Nasihat Undang-undang Keluarga, Unit Khidmat Sokongan Pesakit Kanser (CAKNe- Cancer Associates and Kindreds Networking) dan Unit Santunan Wanita (reach-out programmes di penjara).

PAKSI IKRAM boleh dihubungi melalui talian 019-206 0402 atau e-mel [email protected] atau layari facebook Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga – PAKSI IKRAM untuk sebarang khidmat nasihat dan sokongan serta maklumat lanjut.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia