Pakej rangsangan ekonomi wajar

Jumlah keseluruhan pakej ini adalah 17 peratus daripada KDNK. Amerika Syarikat hanya memperuntukan USD 1 trilion untuk rangsangan ekonomi mereka, iaitu 7 peratus daripada KDNK mereka.

 

Namun begitu, jumlah sebenar wang dalam pakej ini adalah RM150 billion sahaja, kerana RM100 bilion lagi adalah dalam bentuk penangguhan hutang bank sahaja. Apa pun, kebersediaan kerajaan Malaysia dalam hal ini dilihat lebih bersungguh-sungguh dan rela memberikan sebaiknya untuk kebaikan negara.

 

Ini adalah wajar dan benar, kerana impak COVID-19 telah menyebabkan pertumbuhan KDNK menyusut lebih 3 peratus dengan 1 juta rakyat hilang pekerjaan. Nilai RM jatuh lebih 9 peratus dan FBM KCI jatuh 20 peratus, pendapat isi rumah turut menurun 12 peratus.

 

Hasil jualan PKS jatuh lebih 80 hingga 90 peratus. Semua ini menunjukkan tahap keseriusan yang tinggi. Lebih RM126 biliion digunakan untuk membantu rakyat secara langsung, RM104 billion digunakan untuk menyokong perniagaan dan ekonomi.

 

2. Pakej rangsangan dari sudut mikro

 

Sebagai pilihan dan petikan terpilih daripada keseluruhan pakej, dari sudut mikro adalah seperti berikut:

 

i. Subsidi kerajaan untuk membayar RM600 setiap bagi tempoh tiga bulan sebagai gaji pekerja swasta bergaji RM4,000 ke bawah yang mana prestasi syarikatnya menurun lebih daripada 50 peratus, langkah ini adalah bertepatan dengan cadangan banyak pihak untuk membantu syarikat IKS, khususnya yang menunjukkan penurunan ketara akibat COVID-19.

 

Ia bakal membantu syarikat IKS terbabit untuk terus hidup tanpa perlu membuang pekerja atau mengurangkan gaji. Pun begitu, kita berharap kerajaan sudah mempunyai mekanisme bagi melaksanakan tapisan bagi syarikat yang layak ini.

 

Tanpa data dalam bentuk digital lengkap, pelaksanaannya adalah menjadi sangat sukar. Laporan kewangan syarikat yang dihnatar ke SSM mungkin boleh dijadikan panduan. Namun, banyak syarikat IKS yang langsung tidak menghantarnya, untuk mengenalpasti ketulenan mereka mungkin lebih sukar.

 

ii. Pengecualian dan penangguhan selama enam (6) bulan bagi bayaran sewa PPRT, bayaran bulanan bagi pemilik rumah PPRT, perumahan awam penangguhan bayaran balik PTPTN, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK); bagi saya semua ini sangat sesuai yang kena pada sasarannya di waktu ini.

 

iii. Pengeluaran simpanan persaraan Akaun 2 (KWSP), bagi saya ia kurang perlu kecuali COVID-19 bepanjangan lagi lebih daripada bulan April. Ini kerana, simpanan warga Malaysia B40 dan M40 adalah masih tidak begitu tinggi dan lebih 50 peratus kurang daripada RM250,000, membenarkan ia dikeluarkan mungkin akan lebih membebankan mereka pada masa akan datang.

 

iv. Dana RM100,000 ke RM200,000 untuk para petani industri agromakanan juga amat baik bagi merawat keperitanan sewaktu musim COVID-19. Namun diharapkan ia tidak habis menjadi modal kerja sahaja untuk bayaran gaji tanpa hasil tulen dalam bentuk hasil dalam tempoh yang ditetapkan iaitu empat hingga enam bulan.

 

v. Membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020. Saya menjangkakan tawaran yang lebih baik daripada kerajaan, sebagai contoh diberikan diskaun ke atas cukai pendapatan dan cukai syarikat bagi tahun 2019.

 

Ini adalah kerana kesan cukai ini akan sangat dirasai pada bulan Mac dan April tahun ini, iaitu bertepatan dengan masa gawat COVID-19. Sekadar penangguhan tidak meringankan beban sebenar kecuali sementara sahaja sedangkan kesan ke atas pendapatan dan perbelanjaan adalah kekal dan berpanjangan.

 

vi. Beberapa penumpuan terhadap makanan dalam negara seperti dana khas RM1 bilion, peruntukan simpanan, infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman, Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan yang berdaya maju.

 

Ini semuanya sesuai sewaktu setiap negara mulai rasa bimbang dengan kecukupan pengeluaran dan pembekalan makanan di negara masing-masing.

 

vii. Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. Kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75 peratus kepada 3.5 peratus.

 

Bagi saya, ini tidak begitu memberangsangkan kerana kadar faedah Fixed Deposit (simpanan tetap) pun hanya mampu memberikan 2.4 peratus pada ketika ini.

 

Saya sebenarnya berharap tabung ini mampu memberikan pinjaman TANPA FAEDAH sehingga RM300,000 buat syarikat pemula (Start Up) dan IKS yang terjejas teruk akibat COVID-19. Memang ada disebutkan disediakan pembiayaan sehingga RM300,000 tetapi tidak jelas sama ada ia dengan kadar 3.5 peratus atau mempunyai kadar lain.

 

Siri Sudut Pandang Masyarakat (5)

Adaptasi sumber:

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
Professor Adjung, UNISZA dan UNISEL
Pengarah Urusan Elzar Group

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia