SERI KEMBANGAN – Yayasan IKRAM Malaysia melalui kempen i-Qurban menawarkan harga yang berpatutan dan kaedah pembayaran yang mampu memudahkan ibadah sunat muakkad ini.
“Kenapa anda perlu memilih i-Qurban? Antaranya ialah kerana harganya yang berpatutan: Hanya RM730 sahaja bagi setiap bahagian.”
Selain itu, boleh bayar secara ansuran iaitu ansuran sebanyak dua kali bayaran dan seterusnya, video/gambar akan dibekalkan di samping sijil penyertaan.
Kepada yang ingin melaksanakan ibadah korban atau infak Aidiladha ini boleh daftarkan di https://bit.ly/iqurban.
Dalam pada itu, MyQurbani sekali lagi memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk melaksanakan ibadah korban dan akikah dengan harga yang murah dan berbaloi.
Konsep korban dan sedekah diteruskan dengan sasaran pengagihan daging korban bernilai RM1.5 juta ke 13 buah negara seperti Palestin, Syria, Yaman, Nepal, Malaysia, Somalia dan lainnya.
Melalui MyQurbani, MyCARE sekali lagi menawarkan harga korban termurah iaitu RM290 satu bahagian kerbau di Nepal.
Dengan pengalaman selama 24 tahun, MyCARE melaksanakan amanah ini dengan penuh cermat dan diuruskan dengan amalan terbaik (best practices) serta memastikan aspek kepatuhan hukum syarak diikuti sepenuhnya.
Sebanyak 5,012 penyertaan qurban dan akikah telah berjaya dilaksanakan pada tahun lepas.
“Ayuh laksanakan ibadah korban atau akikah di samping membantu saudara-saudara kita yang memerlukan,” ujar MyCARE.
Segalanya boleh dibuat melalui https://mycare.qrd.by/myqurbani atau membuat pembayaran melalui bank online/ CDM/ cek: Humanitarian Care Malaysia Berhad CIMB Islamic 8602 13 5592.
Seterusnya, e-mel ke myqurbani@mycare.org.my atau Whatsapp ke http://wasap.my/601112348212
Selain itu, Hidayah Centre Foundation turut mengambil inisiatif melaksanakan program Qurban for Mualaf bagi memberi pendedahan mengenai ibadah korban sekali gus meraikan para mualaf dan komuniti setempat.
“Majoriti mualaf ini berada di kawasan luar bandar, kampung-kampung dan pedalaman di seluruh Malaysia terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak,” ujar Hidayah Centre.
Terdapat dua Pakej Qurban For Mualaf iaitu;
Pakej A : Semenanjung & Sabah – RM 790
Pakej B : Sarawak – RM 890
Daftar qurban anda sekarang di https://bit.ly/QfM2022.
Ayuh kita sertai dan kongsi kempen ini kepada semua kenalan seluruh negara. Mudah-mudahan ia menjadi saham akhirat buat kita semua.