Operasi Badar: RM17 juta sumbangan rakyat Malaysia, RM10 juta sudah diagih untuk Gaza

“Sebanyak RM10 juta telah diagihkan kepada penduduk Gaza, dalam bantuan yang disalurkan pada Fasa I (RM5.08 juta) dan Fasa II (RM5.11 juta).

“Fasa berikutnya akan melibatkan pembinaan semula Gaza di mana Aqsa Syarif akan berkerjasama dengan beberapa badan profesional,” jelasnya.

Dr Hafidzi menjelaskan perkara berkenaan ketika sidang media dan majlis pelancaran program From Bikers4Gaza (FB4G) anjuran bersama Superbikers Association of Malaysia (SAM) dan Aqsa Syarif untuk mengumpul dana untuk rakyat Gaza.

Bantuan Fasa I

Bantuan di peringkat Fasa I telah disalurkan pada 29 Jun hingga 10 Ogos lalu dengan bantuan berbentuk pakej iftar, pakej sahur, pek makanan, hadiah hari raya dan tabung kecemasan (perubatan dan keperluan asas lain).

Bukan sahaja mengagihkan barang-barang bantuan, para petugas Aqsa Syarif di Gaza juga memasak sendiri makanan iftar di tengah bandar Gaza kerana kebanyakan restoran di sana tidak mahu beroperasi pada saat kritikal ini. Makanan iftar turut diedar kepada para doktor dan paramedik yang bertungkus lumus menyantuni mangsa serangan di Hospital Shuhada Al-Aqsa, Hospital Haifa dan Hospital Nasser di Khan Younis.

Bantuan Fasa II

Bantuan di peringkat Fasa II pula telah disalurkan pada 11 Ogos hingga 15 September lalu. Antara jenis bantuan di peringkat Fasa II adalah pek makanan keperluan asas, makanan panas bagi yang berada tempat-tempat perlindungan, minyak diesel bagi pam air dan pam kumbahan dan juga tambahan bantuan perubatan serta alat permainan bagi menggembirakan kanak-kanak yang mengalami trauma selepas serangan zalim zionis.

Bantuan Fasa II

Tahniah rakyat Malaysia yang menyumbang melalui Aqsa Syarif dalam Operasi Badar membantu rakyat Gaza. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan lagi rezeki mereka yang menyumbang, insyaa-Allah.

Maklumat Fasa I: http://on.fb.me/1q9aPN4

Maklumat Fasa II:

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia