Normalisasi UAE-Israel: Kecam, jangan diam

Keputusan normalisasi hubungan ini telah dikutuk sekeras-kerasnya oleh Palestin, juga pertubuhan-pertubuhan NGO di seluruh dunia yang berjuang untuk membela rakyat Palestin daripada terus dizalimi oleh rejim Zionis Israel.

 

Jika dilihat daripada apa yang disepakati, UAE seakan-akan mengejar sesuatu atas segala rancangan yang dibuat oleh Amerika Syarikat (AS) hingga sanggup mengabaikan perjuangan dan hak rakyat Palestin.

 

Adalah lebih wajar negara itu menghormati rakyat Palestin, apalagi yang mereka lakukan itu tidak mendapat persetujuan rakyat dan kerajaan negara tersebut.

 

Beberapa tokoh kebudayaan Arab dan Palestin juga telah mengambil keputusan untuk memboikot majlis-majlis yang dianjurkan oleh kerajaan UAE selepas ini kerana merasakan bahawa keputusan negara tersebut telah mengkhianati perjuangan pembebasan Palestin.

 

“Sejarah dan hati kami tidak akan pernah melupa dan memaafkan perilaku munafik UAE, yang berusaha melakukan kesepakatan dengan Israel itu. Kerana itu bukanlah pengorbanan untuk Palestin. Melainkan, ia adalah pengkhianatan terhadap perjuangan Palestin demi kepentingannya sendiri (UAE),” kata wakil Kementerian Luar Negeri Turki pada 14 Ogos lalu.

 

Wakil Kementerian Luar Negeri Iran turut mengatakan bahawa tindakan UAE itu sebagai ‘penikam dari belakang’ terhadap semua umat Islam.

 

Hamas juga turut menyatakan bahawa normalisasi hubungan dengan Israel adalah kejahatan yang tidak dapat ditolak ansur.

 

Sebagaimana dilaporkan Middle East Monitor, normalisasi ini memudahkan penjajahan Israel. Namun, ia adalah satu pintu kejahatan yang akan terus berlanjutan terhadap rakyat Palestin.

 

Dalam pada itu, Hamas turut memuji peranan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) yang meneruskan kempennya. Kempen BDS telah mendapat sokongan luas di seluruh dunia menentang penindasan dan kekejaman Israel menyebabkan negara haram itu meningkatkan serangan terhadap kempen tersebut dalam usaha untuk menyekat pengaruhnya.

 

The New Arab pula melaporkan bahawa sekumpulan 20 aktivis UAE terkemuka telah menandatangani petisyen nasional bagi mengecam peranan AS menormalkan hubungan antara UAE dengan Israel.

 

Petisyen itu berpandangan bahawa apa yang disebut ‘Abraham Accord’ adalah pelanggaran terhadap perlembagaan UAE, yang menggambarkannya sebagai pengkhianatan ‘sejarah bermaruah dan mulia’ terhadap sokongan negara itu kepada rakyat Palestin dan hak mereka untuk menentukan nasib sendiri.

 

Ia juga menggambarkan tindakan UAE itu sebagai penghinaan terhadap semua resolusi organisasi antara kerajaan termasuk Majlis Kerjasama Teluk, Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

Namun, hasil normalisasi hubungan pula yang dipuji oleh media UAE seperti penangguhan rancangan Israel untuk merampas Tebing Barat dan laluan penerbangan langsung untuk jemaah Muslim ke Masjid Al-Aqsa. Ini adalah hujah-hujah tumpul untuk mengesahkan penjajahan Israel.

 

Atas apa yang terjadi ini, sikap UAE dijelaskan oleh anggota parlimen Turki.

 

“UAE hanya alat kompas yang melekat pada agenda projek Zionis-Amerika di rantau ini, sama ada dalam usaha menenggelamkan isu Palestin atau mewujudkan kekacauan dan kehancuran di lebih daripada satu negara Arab terutamanya Yaman, Libya, Syria dan Tunisia.”

 

Sebelumnya, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengumumkan bahawa Abu Dhabi dan Tel Aviv telah mencapai kesepakatan untuk menormalkan sepenuhnya hubungan antara mereka, dan UAE kononnya membenarkan normalisasi untuk menghentikan rancangan pengilhakan (annexation) Israel di Tebing Barat.

 

Malaysia sebagai negara penyokong kuat Palestin perlu menyatakan sikap dan ketegasannya mengecam tindakan UAE ini. Pihak kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri dan Duta Khas ke Timur Tengah sewajarnya menasihati UAE agar menarik balik keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan Israel.

 

Malaysia juga perlu mengajak kerajaan UAE untuk terus bersama dengan negara-negara Islam yang lain dalam perjuangan membebaskan Palestin daripada cengkaman rejim aparteid Israel yang zalim.

 

Jangan dibiarkan air mata rakyat Palestin terus mengalir kerana pengkhianatan ini dan sikap berdiamnya kita.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia