NICE, SOG “Kembara Kasih Ummah” ke Thailand hulur sumbangan

Di Thailand, konvoi ini turut mendapat kerjasama daripada Pihak Berkuasa Yala, World Assembly Muslim Youth (WAMY) Thailand, Yayasan As-Salam Yala Islamic University dan Kelab Motor Yala. Program Kembara Kasih Ummah  (KKU) adalah kesinambungan daripada projek SYM Charity Ride – To Ride for People (TRIP) yang dianjurkan bersama oleh SYM Owners Group (SOG) dan Islamic Relief Malaysia (IRM). Hasil kutipan sumbangan daripada TRIP telah diserahkan kepada Tabung Kasih Ummah (TKU) Bencana Banjir Thailand NICE untuk diagihkan untuk mangsa banjir di Thailand.

Sebelum solat Jumaat, flag off konvoi telah dibuat oleh Exco Kedah, YB Dato’ Hj Ir Amiruddin Hamzah di sebuah masjid di DUN Anak Bukit. Pada jam 4.15 petang, konvoi telah berada di sempadan Malaysia-Thailand untuk menyeberang ke Danok.

Pengarah  KKU Wan Mohd Zukri Che Mat Zin bersama Adzhar Maludin (Penolong Pengarah I KKU), Zairi Suboh (Penolong Pengarah II KKU) dan Azree Hanifiah (jurufoto Studio Muslim) turut bertolak dengan kenderaan MPV dari Kuala Lumpur ke Bukit Kayu Hitam pada hari yang sama jam 12.00 tengah malam. Mereka telah menyeberang sempadan ke Danok pada jam 8.00 pagi Sabtu 10 Disember dan bergabung dengan konvoi bermotor yang telah sampai lebih awal di Danok. Presiden Yayasan Pendidikan al-Quran Thailand, Ustaz Muhammad Ismail telah menyambut konvoi KKU di Danok. Pihak keselamatan Thailand turut mengiringi konvoi sepanjang perjalanan.


Konvoi “Kembara Kasih Ummah Thailand 2011” yang bertujuan untuk menyampaikan bantuan sebanyak RM30,000 daripada Tabung Kasih Ummah telah disambut oleh 100 buah motor berkuasa besar dari Kelab Motor Yala di Hatyai pada pagi tersebut. Dari situ, konvoi bergerak ke Masjid Krisek di Pattani sebelum ke Yala Islamic University. Majlis penyerahan sumbangan telah dibuat di universiti itu yang dihadiri Timbalan Rektor (Bahagian Perhubungan Luar dan Hal Ehwal Khas) Universiti, Ustaz Dr Omar Ahmad. Turut hadir adalah Pengarah WAMY Thailand, Ustaz Abdulrasyeed Niringjuerae dan Pengarah Yayasan As-Salam. Bendera Malaysia dan Thailand turut berkibar megah di sepanjang majlis sebagai tanda muhibbah antara dua negara.

Konvoi turut disambut oleh pemimpin Pihak Berkuasa Yala dalam satu satu majlis makan malam yang turut dihadiriTimbalan Gabenor Yala, Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar Yala. Konvoi telah bermalam di Yala di mana tempat penginapan telah disediakan oleh Pihak Berkuasa Yala dan konvoi bertolak balik ke Malaysia pada pagi Ahad 11 Disember melalui Rantau Panjang. Semoga keprihatinan rakyat Malaysia menghulurkan bantuan untuk umat Islam di Thailand berterusan pada masa-masa yang akan datang. Tahniah kepada NICE, IRM dan SOG yang menjayakan konvoi dan sumbangan ini!

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia