NGO Cina, NSCAH lawat Sekolah As-Sa’idiyyah, jalin kerjasama

Lawatan yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kerjasama serta perkongsian kepakaran dalam aspek pembelajaran dan pengajaran, disiplin dan sahsiah, penerangan dan penjelasan isu berkaitan syariat Islam, sukan dan permainan serta pengenalan Bahasa Mandarin antara pihak NSCAH dan MUSLEH Negeri Sembilan.

Hubungan NSCAH-IKRAM terjalin apabila NSCAH diundang secara rasmi ke Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) IKRAM Negeri Sembilan pada bulan Mei yang lalu. Mereka melakukan lawatan ke As-Sa’idiyyah kerana mereka amat meminati isu pendidikan dan ingin mengetahui motif penubuhan sekolah Islam oleh IKRAM meskipun sudah banyak sekolah-sekolah kerajaan pusat telah ditubuhkan.

Delegasi 10 orang tersebut turut disertai Mr Lau serta exco NSCAH dan juga Mr Sau, Pengerusi Dong Zhong Negeri Sembilan serta exconya. Lawatan mereka disambut YDP IKRAM Negeri Sembilan, Prof Madya Dr Badlishah Sham Baharin dan beberapa AJK IKRAM dan MUSLEH Negeri Sembilan.

Delegasi telah diterangkan tentang falsafah pendidikan IKRAM-MUSLEH untuk melahirkan insan rabbani yang bertaqwa, berdisiplin, berakhlak baik, membuat makruf, mencegah mungkar, menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang adil berasaskan Islam.


Apa yang menarik menurut Mr Lau, seperti sekolah MUSLEH, sekolah Cina juga bermatlamatkan melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berakhlak baik meskipun tanpa pendidikan agama. Persamaan ini menyebabkan perbincangan antara kedua pihak berlaku dalam suasana yang lebih mesra dan lancar.

Delegasi NSCAH turut berkongsi persepsi negatif masyarakat Cina secara amnya terhadap Islam yang mana mereka telah ditakut-takutkan dengan isu hudud, potong tangan, isu ketuanan Melayu termasuk persepsi bahawa jika Islam memerintah, tiada hiburan, lelaki dan wanita akan dipisahkan di tempat awam, susah untuk lakukan bisnes, hak mereka akan tertindas dan sebagainya.

Dr Badlishah merungkai persepsi tersebut dengan menjelaskan bahawa Islam itu adil dan akan menjamin hak setiap rakyat serta proses implementasi Islam itu adalah melalui pendidikan dan bukannya “forcing down the throat of people”. Beliau menambah bahawa antara faktor salah faham ini adalah berpunca daripada kurangnya dialog antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Mr Lau turut menyatakan bahawa masyarakat Cina menyokong pengharaman judi kerana mereka pun tidak mahu judi memusnahkan kehidupan mereka. Jadi, perkara baik yang dibawa oleh Islam boleh mendapat sokongan masyarakat Cina jika mereka diberi kefahaman yang sebenar. Dengan perbincangan sihat seperti ini, pihak NSCAH turut mengalu-alukan penyertaan IKRAM NS untuk bersama-sama memberi pandangan dalam sesuatu isu.

Beliau juga menekankan tentang kerjasama antara NGO Muslim and non-Muslim untuk membawa perubahan kepada masyarakat. Beliau percaya NGO sebagai civil society yang mampu membawa perubahan.

Beliau turut berkongsi usaha perubahan yang dilakukan oleh Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) yang diketuai bersama Setiausaha Agung IKRAM, Hj Zaid Kamaruddin. Dr Badlishah menyambut baik saranan Mr Lau dan berharap IKRAM NS dan NSCAH dapat bekerjasama dan berkongsi kepakaran dalam bidang-bidang yang dipersetujui nanti.

Selepas perbincangan, delegasi NSCAH dibawa melawat bangunan dan persekitaran Sekolah Rendah As-Sa’idiyyah. Cenderahati oleh IKRAM NS untuk NSCAH turut diberikan antaranya plak penghargaan dan Al-Quran terjemahan bahasa Cina.

Semoga lawatan muhibbah dan jalinan kerjasama membuahkan manfaat yang besar untuk masyarakat Islam dan bukan Islam di samping dapat memberi mesej dakwah serta pandangan yang positif masyarakat Cina terhadap Islam, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia