Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat kurniaan-Nya menyambut Maal Hijrah 1441H dalam suasana Hari Kemerdekaan negara yang ke-62.

Dua nikmat iaitu hijrah dan kemerdekaan sangat besar ertinya kepada kesejahteraan ummah dan kemajuan negara yang mampu menjamin keharmornian dan kemakmuran sesuai dengan gagasan Negara Rahmah.

Hijrah mencakupi makna yang luas meliputi segenap aspek kehidupan bagi mencapai maksud perubahan dari satu tahap ke tahap yang lebih baik, mengambil ibrah hijrah Rasulullah SAW bersama para sahabatnya, yang berjaya membawa perubahan masyarakat sehingga tertegaknya negara Madinah.

Hijrah mengajak umat Islam untuk melakukan perubahan kepada kedudukannya yang lebih baik daripada yang sebelumnya di tengah-tengah masyarakat dunia.

Ukhuwah sesama Muslim seharusnya diperkukuhkan, hubungan dengan bukan Muslim perlu dipelihara dengan sebaiknya sebagai warganegara dan keprihatinan, pembelaan terhadap isu-isu ummah perlu dizahirkan di peringkat antarabangsa.

Dengan melakukan hijrah yang bersifat menyeluruh dan terbaik merangkumi aspek kepemimpinan, keilmuan, tadbir urus, kekeluargaan, ekonomi, kebajikan dan lain-lain, ia mampu melepaskan negara itu daripada belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan generasi yang sentiasa berfikiran kreatif dan berinovasi serta relevan dengan zaman dan cabaran arus perdana.

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ 

“(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah; dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.” (at-Taubah: 20)

Oleh itu, marilah kita melakukan perubahan dengan memperbaiki diri seterusnya meningkatkan amal soleh serta menyumbang khidmat dan menyebarkan kebaikan kepada keluarga, ummah, masyarakat dan negara.

Berazamlah untuk membangunkan negara ke arah yang lebih baik, rahmah, makmur dan harmoni serta mendapat keampunan Allah SWT sebagaimana yang disebut dalam al-Quran sebagai “baldatun tayyibatun warabbun ghafuur“.

“Ya Allah Yang Maha Penyayang! Kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan-Mu, negara kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan. Tanamkanlah rasa rahmah dan kasih sayang antara kami, kekalkanlah perpaduan dalam kalangan kami. Semoga dengannya negara mendapat keberkatan, keredaan dan keampunan-Mu.”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia