Naluri Luar Biasa Seorang Ibu: Kelebihan dan Cabaran

Peluang untuk mengandung, melahirkan, menjaga, menyusukan dan mendidik anak merupakan sesuatu yang istimewa.

Bagi seorang ibu, menyorot kembali hari-hari awal sebagai ibu sudah pasti akan membuatkan mereka tersenyum sendirian. Biarpun pengalamannya menyakitkan, namun seorang ibu akan tetap meneruskan usaha membesarkan anak seperti tiada noktah akhir.

Punca naluri keibuanĀ 

Sesetengah orang mengatakan bahawa kebolehan itulah yang dinamakan sebagai naluri ibu. Adakah naluri tersebut boleh dipelajari?

Menurut Kamus Dewan, naluri ialah tabiat yang menjadi pembawaan atau dorongan hati yang menggerakkan seseorang untuk berbuat sesuatu.

Manakala menurut Dr Catherine Monk, pakar psikologi daripada Columbia University Irving Medical Center, naluri merujuk kepada sesuatu yang semula jadi (lahir atau semula jadi) yang melibatkan tindak balas tingkah laku yang tetap dalam konteks rangsangan tertentu.

Beliau juga turut menerangkan bahawa idea naluri ibu menunjukkan terdapat pengetahuan semula jadi dan kumpulan tingkah laku pengasuhan yang merupakan bahagian yang menjadikan seseorang individu sebagai seorang ibu.Ā 

Tambah beliau lagi, walaupun menjadi seorang ibu yang mahir adalah satu naluri, namun semua ibu digalakkan untuk melakukan pembelajaran kendiri sama ada daripada pengalaman sendiri ataupun daripada pemerhatian terhadap pengalaman orang lain.

Hal ini bermakna, seorang ibu perlu sentiasa belajar untuk menjadi ibu yang baik. Seorang ibu harus belajar daripada ibu-ibu yang lain. Pengalaman keibuan merupakan sesuatu yang unik dan tersendiri.

Setiap anak mengalami perkembangan yang tidak sama meskipun mereka berasal daripada ibu bapa yang sama, apalagi anak-anak daripada keluarga yang berbeza.

Maka membandingkan kelebihan-kelebihan anak orang lain dengan anak sendiri merupakan satu tindakan yang tidak bijak, malah boleh meruntuhkan motivasi ibu itu sendiri.

Mendidik anak mempunyai risiko yang tinggi. Tidak semua yang diinginkan akan menjadi dengan mudah, apatah lagi dengan cabaran persekitaran hari ini yang jauh berbeza dengan cabaran yang wujud pada zaman dahulu.

Anak ialah guru terbaik seorang ibu

Kata orang, pengalaman ialah guru yang paling berharga. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa anak ialah guru terdekat kepada ibunya terutama untuk memahami keperluan dan cara pendekatan didikan yang sewajarnya.

Hanya seorang ibu yang tahu apa makna tangisan bayi kecilnya, sama ada lapar, sakit atau minta didukung. Kehidupan manusia telah menyaksikan naluri ibu ini bukan sahaja menjadikan ibu mengenali anaknya, malah memberikan kesan yang begitu besar dalam kehidupan ibu itu sendiri.

Menjadi ibu tidak seperti pekerjaan yang lain. Untuk menjadi ibu, tiada sijil kelayakan yang diperlukan terlebih dahulu.

Oleh itu, ilmu keibubapaan amat penting untuk bakal ibu dan bapa. Menjalankan kewajipan sebagai ibu atau bapa tidak boleh dibuat secara sambil lewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga.

Naluri ibu Musa membuahkan tawakal dan keyakinan

Lihat sahaja cerita ibu Nabi Musa a.s. Beliau merupakan ikon seorang ibu yang berani dan cekal. Kisah ini dirakamkan oleh Allah Taala secara terperinci dalam Surah al-Qasas.

Saat ibu Musa takut Firaun tahu beliau mempunyai anak lelaki, Allah SWT telah memerintahkan supaya nabi Musa dihanyutkan di Sungai Nil.

Dengan penuh rasa tawakal, setelah menyusukan Nabi Musa a.s, beliau menghanyutkan anaknya dengan keazaman dan keyakinan bahawa Allah SWT akan mengembalikan Musa a.s. ke pangkuannya.Ā 

Aturan Allah juga yang menyampaikan Nabi Musa a.s. ke istana Firaun apabila isteri Firaun sendiri yang mengambil Nabi Musa a.s. sebagai anak angkat dan akhirnya menemui ibu Nabi Musa a.s. sendiri sebagai ibu susuan.

Cerita Nabi Musa a.s. memang istimewa dan jalan ceritanya yang epik bukan sahaja membawa naratif kenabian bahkan menyerlahkan peranan seorang ibu yang wajib dicontohi.

Selain sifat takwa dan yakin dengan Allah yang tinggi, naluri keibuanlah yang menguatkan keazaman ibu baginda untuk bertindak. Semua tindakannya berpaksikan kebaikan dan maslahah kepada anak kecilnya sendiri.

Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: ā€œMaka kami kembalikan Musa kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati, dan agar dia mengetahui janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.ā€ (Surah al-Qasas: 13)

Kecerdikan ibu satu keunikan

Ketika fasa membesarkan anak, seorang ibu akan menempuh waktu-waktu sukar yang membuatkan sesetengah ibu merasakan mereka gagal. Mereka mungkin merasakan itu adalah tanda mereka tidak mempunyai naluri keibuan.

Pada hakikatnya, mereka hanya memerlukan sokongan dan membantu mengembangkan harapan yang lebih terbuka dan realistik. Bahkan naluri keibuan mendorong mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang ibu.

Sebagai contoh, ibu yang berkerjaya mampu merancang dan melaksanakan pelbagai tugas pada satu-satu masa. Sama ada dengan bantuan gajet dan aplikasi rumah ataupun tidak, pengurusan rumah tangga yang efisien memerlukan kecerdikan dan kepandaian seorang ibu.

Malah seorang ibu amat terkenal dengan kebolehan ā€˜multitaskingā€™ yang hebat. Seorang ibu boleh memasak, membasuh baju, menjaga anak, mendengar radio dan membantu anak melakukan kerja rumah secara serentak. Itulah naluri yang mendorong kecerdikan seorang ibu.

Kasih hingga hujung nyawa

Naluri ibu akan melahirkan perasaan tajam terhadap anak mereka. Sebagai contoh, ibu dengan cepat dapat memahami maksud di sebalik tangisan bayi yang kedengaran.

Mereka juga dapat dengan mudah mengesan perubahan tingkah laku bukan sahaja pada anak, malah kepada orang lain di sekeliling mereka termasuklah suami yang mereka cintai. Naluri inilah yang melahirkan deria keenam bak kata sesetengah orang.

Perasaan tajam yang dimaksudkan juga berlaku dalam bentuk kasih sayang yang tiada bandingan. Tiada kasih manusia yang boleh menandingi kasih seorang ibu terhadap anaknya. Perasaan kasih, sayang, menaruh harapan, gembira dan terharu teradun sepanjang menjadi ibu.

Malah bapa juga akan mempunyai naluri sedemikian sekiranya mengambil bahagian yang baik dalam membesarkan anak-anak. Kajian saintifik menunjukkan bahawa bapa dan ibu bapa angkat juga mengalami peningkatan kadar oksitosin, serotonin, dan dopamin semasa peralihan menjadi ibu bapa.Ā 

Sementelahan, kasih manakah yang lebih kuat berbanding kasih ibu? Tiada hadiah yang paling berharga bagi seorang ibu melainkan jaminan Nabi Muhammad SAW tentang hak seorang yang bergelar ibu.

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW: ā€œWahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?ā€ Maka Rasulullah SAW menjawab:

Ų£ŁŁ…Ł‘ŁŁƒŁŽ Ų«ŁŁ…Ł‘ŁŽ Ų£ŁŁ…Ł‘ŁŁƒŁŽ Ų«ŁŁ…Ł‘ŁŽ Ų£ŁŁ…Ł‘ŁŁƒŁŽ Ų«ŁŁ…Ł‘ŁŽ Ų£ŁŽŲØŁŁˆŁƒŁŽ

Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu. [Riwayat Muslim (2548)]

Cabaran ibu apabila menua

Apabila usia seorang ibu makin meningkat, anak-anak pula sudah membesar dan membina kehidupan mereka sendiri, cabaran ibu turut berubah. Ibu yang dijanjikan syurga dengan bakti membesarkan anak-anak perlu mengekalkan kebaikan dalam diri.

Untuk menjadi ibu yang baik ketika tua, cukuplah untuk menjadi seorang ibu yang rasional dan tidak menimbulkan ujian luar jangka kepada anak menantu dan cucu.

Sejak muda lagi, setiap ibu harus berazam untuk kekal sihat, berdikari dan dapat menjadi contoh kepada yang lain, menjadi tempat rujukan dan sumber inspirasi kepada generasi yang lebih muda.

Hujung-hujung usia adalah penentu kepada pengakhiran setiap manusia. Yang indahnya, pengakhiran boleh dibentuk ketika muda dan dipupuk ketika usia belia.

Ibu yang berjasa akan menjadi rebutan anak-anak untuk dibela dan disantuni. Begitulah kecantikan syariat yang mengatur segala.

Moga balasan syurga untuk ibu-ibu yang telah meninggalkan kita. Selamat Hari Ibu untuk ibu-ibu di mana pun berada! Allah rahmati sekalian kita.

Dr Hamidah Mat
Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Open University Malaysia (OUM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia