Naib Mursyid Am IM Mesir berkhutbah di UNITEN

Syeikh Dr Jumaah Amin

Kunjungan Syeikh Jumaah yang tiba di sini lewat petang semalam adalah bersempena Persidangan dan Bengkel Pengurusan Kepemimpinan Dakwah peringkat antarabangsa yang diadakan di sebuah hotel terkemuka dekat sini. Persidangan tersebut dihoskan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia selaku tuan rumah.

Syeikh Dr Jumaah AminDalam khutbahnya yang dihadiri ribuan jemaah siang tadi, beliau menekankan betapa pentingnya menjaga akhlak dan memantapkan ukhuwah Islamiah kerana dengan kedua-duanya Rasulullah berjaya menegakkan Islam dan menyebarkannya ke seluruh dunia.

Seperti lazimnya, beliau menyampaikan khutbah dalam bahasa Arab dengan penuh semangat. Isi khutbah beliau diterjemahkan secara langsung menerusi paparan yang disiarkan di dua skrin besar di bahagian hadapan dewan solat.

Syeikh Jumaah dibawa ke Masjid UNITEN dengan diiringi Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Luar Negara IKRAM, Ustaz Wan Subki Wan Salleh. Ketibaan mereka disambut Timbalan Naib Canselor UNITEN, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha yang juga merupakan Yang Dipertua IKRAM Kajang.

Usai solat Jumaat, Syeikh Jumaah dijemput pula untuk menyampaikan tazkirah ringkas sebelum dijamu makan tengah hari di masjid dan diiring pulang ke hotel.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia