MyRamadan 1438H agih makanan, hadiah hari raya

“Sebahagian besar daripada bantuan ini akan disalurkan kepada rakyat Palestin di Masjid al-Aqsa, Gaza dan di kem pelarian di Lubnan, rakyat Syria di Syria dan kem pelarian di Turki, Lubnan dan Jordan serta etnik Rohingya yang berlindung di Malaysia mahu pun yang berada di Myanmar,” jelas Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi MyCARE.

Bagi memeriahkan lagi kempen yang dijalankan, katanya, MyCARE turut mengatur program Imam Palestin dan Pembela Ummah.

“Melalui program Imam Palestin, MyCARE akan membawa huffaz dari Palestin untuk mengimamkan solat tarawih dan menyampaikan tazkirah perkembangan terkini umat Islam di Palestin di masjid-masjid terpilih seluruh negara.

“Melalui program Pembela Ummah pula, MyCARE akan berkongsi isu-isu kemanusiaan sejagat di pejabat, sekolah, universiti, masjid dan surau seluruh Malaysia.”

Kedua-dua program ini diharapkan dapat menyegarkan semangat persaudaraan sesama Islam dalam diri masyarakat seterusnya menggalakkan orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada saudara muslim yang memerlukan.

Tambahnya, MyCARE juga akan menghantar ‘Misi Bantuan Ramadan 1438H’ ke beberapa negara yang telah disasarkan bagi membantu proses pemantauan penyaluran sumbangan, pendokumentasian projek dan pengumpulan maklumat untuk projek-projek yang akan datang.

Dengan pakej tajaan berupa Makanan (Sahur, Iftar & Pek makanan) berharga RM100 seunit dan Hadiah Raya sebanyak RM50 seunit, anda boleh menyumbang secara online di pautan https://www.billplz.com/myramadan atau melalui akaun bank HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD:

CIMB Islamic: 8602-135-592
Maybank Islamic: 5642-5856-0698
Bank Islam: 1209-2010-0349-04
JomPAY (ID: 6197)

Maklumkan sumbangan anda ke [email protected]. Sebarang pertanyaan mengenai kempen MyRamadan 1438H, sila hubungi:

1. Umum: En Sazlie (018-383 2458, 03-8941 2341, [email protected]),

2. Imam Palestin: En Luqman (019-4815584, [email protected])

3. Pembela Ummah: En Aiman (012-279 9734, [email protected])

Laporan pengagihan sumbangan Kempen Ramadan 1437H boleh didapati di pautan http://bit.ly/KempenRamadan1437H

“Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang puasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang puasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.” (HR Tirmidzi)

“Ibadah Kita Kegembiraan Mereka”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia