MyQurbani 2023: Pakej Korban Termurah RM220!

MyQurbani 2023: Pakej Korban Termurah RM220! | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Projek MyQurbani anjuran Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) buat julung kalinya memperkenalkan pakej korban dan akikah termurah serendah RM220 untuk satu bahagian lembu yang akan dilaksanakan di India.

Menurut Pengarah Projek MyQurbani 2023, Hj Kamarul Halim Sakrani, program korban ini akan dilaksanakan di 13 buah negara antaranya Palestin, Syria, Yaman, Lubnan, Somalia , Sudan, Afghanistan dan juga di Arakan (Myanmar) termasuk Malaysia.

Katanya, harga serendah RM220 itu ditawarkan bagi memberi peluang kepada umat Islam tanpa mengira latar belakang untuk melakukan ibadah korban dan akikah.

Jelas beliau, bagi mereka yang kurang mampu tetapi ingin membantu saudara mereka di Palestin dan Syria, MyQurbani menawarkan pakej Sedekah Sekilo Daging bernilai RM80.

 

“Pakej Sedekah Sekilo Daging ini akan kita kumpulkan hingga cukup untuk membeli seekor lembu,” katanya.

Tambah beliau, dalam pelaksanaan MyQurbani selama beberapa tahun, MyCARE telah mempunyai penasihat syariah yang menasihati penganjur projek dari sudut perancangan, pelaksanaan dan pelaporan program ini.

“Selain itu, kami juga memastikan bahawa rakan pelaksana yang kami pilih ini berdaftar di negara-negara mereka.”

“Rakan-rakan pelaksana ini telah bekerja dengan kami lebih daripada 10 tahun, mereka ini rakan pelaksana yang melaksanakan korban sepertimana yang dikehendaki oleh syarak,” ujar Kamarul Halim.

Pada tahun ini, MyQurbani menyasarkan kutipan RM2.5 juta dan penyediaan 6,737 bahagian daging korban dan akikah, yang memasuki tahun ke-25 pelaksanaan program tersebut.

Pendaftaran program MyQurbani telah bermula pada 12 Mei 2023 dan ditutup pada Ahad, 25 Jun 2023. Mereka yang berminat untuk melaksanakan korban dan akikah melalui MyQubani, sila layari https://myqurbani.my/ 

Dalam pada itu, Yayasan Ikram Malaysia menganjurkan program korban dalam negara, i-Qurban dengan harga RM780 satu bahagian dengan kemudahan membayar dua kali ansuran.

Yayasan ini juga menyediakan pakej Infaq Aidiladha untuk sumbangan bahan masakan bagi mereka yang kurang berkemampuan pada Hari Raya Aidiladha.

Mereka yang berminat untuk melaksanakan korban atau infaq boleh mendaftarkan diri di pautan https://bit.ly/iQurban2023.

Selain itu, Hidayah Centre Foundation turut menganjurkan program korban untuk mualaf, Qurban for Mualaf dengan sasaran 47 ekor lembu di Semenanjung dan kawasan pedalaman yang terpencil di Sabah dan Sarawak.

Harga bermula RM860 untuk satu bahagian bagi Semenanjung dan Sabah, manakala RM1,200 satu bahagian untuk Sarawak. Qurban for Mualaf boleh disertai melalui pautan http://bit.ly/Q4M2023.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia