MyCARE terima status perundingan khas ECOSOC PBB

Dengan pengesahan status ini pada 7 Ogos lalu, MyCARE akan lebih ke hadapan dalam memperjuangkan isu-isu kemanusiaan supaya lebih didengari di pentas antarabangsa.

“Antara kelebihan lain adalah MyCARE boleh mengetengahkan analisa dari pakar mengenai isu yang timbul, membantu dan memantau pelaksanaan perjanjian antarabangsa, boleh bertindak sebagai agen amaran awal sekiranya berlaku bencana dan banyak lagi,” lapor MyCARE.

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) merupakan komponen terpenting dalam kerja-kerja yang berkait rapat dengan ekonomi dan sosial, isu yang berkaitan dengan 14 agensi khusus PBB.

Agensi-agensi tersebut antaranya UNESCO, World Health Organization (WHO), International Monetary Fund (IMF), UNHCR, suruhanjaya yang berfungsi (Commission for Social Development, Status of Women) serta lima suruhanjaya serantau (ECE, ECA, ECLAC, ESCAP, ESCWA).

Menurut MyCARE, ECOSOC berfungsi sebagai forum untuk membincangkan isu-isu ekonomi dan sosial antarabangsa dan untuk merumuskan cadangan dasar yang akan dibentangkan kepada negara-negara anggota PBB.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan ke-20 pada Mei lalu di New York, jawatankuasa itu telah mengesyorkan MyCARE untuk menerima status perundingan khas daripada ECOSOC.

Dengan pengiktirafan ini, MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih dan sangat menghargai kepercayaan para penyumbang untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di pelbagai negara.

‘Sejak 2010 sehingga Mei 2017, MyCARE telah menyalurkan lebih RM90 juta kepada mereka yang memerlukan di 21 buah negara.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia