Muzakarah Salam Iraq kongsi isu, bincang hala tuju

Jemputan khas pada muzakarah tersebut adalah Syeikh Abu Ammar dan Ustaz Solah Abid dari Jam’iyyah al-Nahrain. Program Muzakarah baru-baru ini telah mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada ahli Ikram di mana lebih 50 peserta daripada kebanyakan negeri termasuk daripada negeri yang jauh seperti Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Turut hadir dalam muzakarah ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa Ikram (JKPA), Ustaz Wan Subki Wan Salleh dan juga YDP Ikram Selangor, Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail.

Tujuan utama Muzakarah ini diadakan adalah untuk membuat suatu perkongsian maklumat dan juga untuk menghidupkan isu Iraq ini di kalangan aktivis Salam Iraq. Selain daripada itu, Salam Iraq berharap sesi perkongsian ini akan juga dapat membantu aktivis yang hadir supaya  boleh memberikan pandangan dan idea kepada perjalanan Salam Iraq seterusnya.

Syeikh Abu Ammar telah berucap dengan membawa tajuk ‘Krisis di Iraq 2003-2012’ dan Ustaz Solah pula telah berucap di bawah tajuk ‘Isu Kemanusiaan di Iraq terkini’. Muzakarah bermula pada jam 9.00 pagi dengan dipengerusikan oleh Ustaz Fauzi Asmuin, YDP Ikram Petaling Jaya .

Muzakarah telah dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pagi digunakan untuk perkongsian maklumat dan peluang soal jawab bersama tetamu jemputan. Sesi petang pula telah digunakan untuk mengadakan bengkel bersama wakil-wakil negeri mengenai hala tuju Salam Iraq pada tahun 2012-2014. Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Mazmi Kamal, Timbalan YDP Ikram Selangor.

Salam Iraq turut melahirkan penghargaan dan ribuan kesyukuran kepada semua aktivis yang hadir yang memberikan sokongan dan bantuan dalam menjayakan program Muzakarah Salam Iraq 2012. Semoga Salam Iraq dapat menjalankan amanah membantu saudara semuslim di Iraq pada masa depan, insya-Allah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia