Muzakarah Baitul Muslim capai resolusi pembangunan keluarga

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad. Antara yang disentuh dalam ucapan beliau adalah perkara-perkara yang mencetuskan kepada penubuhan JKBM seperti isu-isu yang perlu disegerakan untuk temu jodoh dan fenomena sekarang di mana ahli wanita (akhwat) lebih ramai daripada ahli lelaki (ikhwah), isu kebajikan ahli, senario ibu tunggal serta anak yatim dan lain-lain.

Beliau mengharapkan JKBM akan membawa IKRAM ke satu dimensi yang baru dalam menangani semua permasalahan ummah, manakala muzakarah ini mendapat keberkatan Allah SWT dengan diberi ilham-ilham yang baik, pemikiran dan idea-idea yang mampu menyelesaikan cabaran daripada perkembangan senario ummah.

Seterusnya para peserta mendengar pengalaman pengoperasian JKBM mengikut zon. Zon Utara berkongsi pengalaman mengendalikan urusan temu jodoh di Pulau Pinang di mana ia telah merentasi negeri Kedah, Perlis dan juga Perak. Zon Selatan pula melaporkan pengalaman JKBM di Johor menguruskan temu jodoh, kebajikan ahli, pengkalan data dan latihan.

Zon Timur berkongsi pengalaman menyusun temu jodoh di kalangan belia dan IPT di Pahang. Zon Tengah berkongsi tentang aktiviti JKBM di Selangor, fokus kepada urusan temu jodoh dan seminar kekeluargaan yang telah dilaksanakan secara bersama serta Retreat JKBM Selangor yang telah mencetuskan idea-idea serta penyediaan bahan-bahan penting dalam perjalanan Unit Baitul Muslim sehingga kepada terlaksananya muzakarah di peringkat nasional ini.

Hjh Wan Fauziah Wan Kadir pula telah membentangkan cadangan pengoperasian JKBM Daerah hasil daripada Retreat JKBM Selangor dan beberapa mesyuarat di peringkat pusat yang telah diadakan baru-baru ini. Beliau memberi penerangan dari segi cadangan struktur organisasi serta cabang-cabang di bawah JKBM peringkat daerah (Pengkalan Data, Latihan dan Pembangunan Ahli, Temu Jodoh, Kebajikan Ahli, Kaunseling Perkahwinan, Kaunseling Keluarga dan Panel Perunding Keluarga IKRAM) serta huraian berdasarkan objektif, bidang tugas dan istilah-istilah baru yang digunapakai.

Laporan mengenai pengoperasian kebajikan ibu tunggal dan anak yatim disampaikan oleh Hj Arifin Saidin, idea pengoperasian kebajikan ahli oleh Dr Katiman manakala Dr Niekmah Adam membentangkan mengenai Panel Perunding Keluarga IKRAM.

Pada sebelah petang pula, peserta muzakarah telah diperdengarkan satu tazkirah “Unit Pembangunan Keluarga IKRAM: Antara Harapan dan Realiti” oleh Ustaz Alias Othman. Beliau telah mengupas mengenai idealisme, hakikat dan isu-isu keluarga serta peranan yang perlu dimainkan oleh Jawatankuasa Baitul Muslim IKRAM.

Majlis disambung dengan pembentangan “Prosedur Perlaksanaan Temu Jodoh dan Perkongsian  Pengalaman” yang telah dikendalikan oleh Hjh Zaiton Ismail. Sedikit perkongsian telah diberikan oleh Hjh Azlina Isa mengenai Modul Rumahtangga Duat Cemerlang (Fasa 1-5) yang telah beliau kendalikan secara online (www.dakwah.info) terutama untuk pelajar luar negara. Pembentangan tentang  “Perlaksanaan Rangkaian Unit Temu Jodoh (TJ) antara Daerah dan Pusat” pula disampaikan oleh Hj Azman Muda.

Akhir muzakarah pada lewat petang, Pengerusi JKBM IKRAM, Dato’ Prof Ir Dr Azahari Md Salle h (gambar kiri) telah merumuskan hasil muzakarah dengan satu resolusi yang telah dipersetujui bersama yang perlu dilaksanakan di setiap negeri dan daerah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia