Musim sejuk: Ayuh berikan kehangatan kepada mereka!

Pelbagai cabaran mereka hadapi dan terdapat antara mereka yang bakal kehilangan tempat tinggal. Berikutan itu, kanak-kanak, wanita mengandung, para pesakit dan warga emas adalah golongan yang terkesan teruk setiap kali tibanya musim sejuk. 

Justeru, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melalui agensinya Aqsa Syarif, i4Syria, Salam Iraq dan Rose2Rose mengambil inisiatif untuk rakyat Malaysia memberikan sedikit kehangatan boleh menyelamatkan nyawa mereka.

Dengan ini, MyCARE melancarkan Kempen Winter Relief 2015 (Rayuan Musim Sejuk 2015) sehingga 31 Disember 2015 dengan sasaran bantuan bernilai RM1.5 juta. Bantuan ini bakal dimanfaatkan oleh 15,000 warga Palestin, Syria dan Iraq.

Antara Pakej Sumbangan yang ditawarkan ialah Pakej A dengan nilai RM100 (selimut tebal, baju sejuk, sarung tangan dan stokin) dan juga Pakej B dengan RM500 (tilam, selimut tebal, pek makanan, alat pemanas, baju sejuk, sarung tangan dan stokin).

Hulurkan sumbangan anda sekarang atas nama HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD ke salah satu akaun berikut:

  • Maybank Islamic: 551575-004299
  • Bank Islam: 1209-20100-34904
  • CIMB: 8602-135-592

E-melkan slip bayaran atau bukti sumbangan ke account@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 019-6551948. Untuk maklumat lanjut, hubungi ibu pejabat MyCARE di talian 03-8941 2341 (Puan Raihanah) atau e-mel relations@mycare.org.my.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia