Mujahidah tanpa alasan, pemergian dalam keredhaan

Menurut Norshahidah, Dr Nida adalah seorang ahli yang sentiasa bersemangat dan positif dalam setiap gerak kerja dan tanggungjawab yang diberikan menyebabkan beliau dan ahli usrah yang lain merindui kehadiran almarhumah dalam setiap usrah dan aktiviti yang diadakan.  

Pernah diminta untuk mengikuti kursus pelatihan belia dan remaja, almarhumah dan suami sanggup berulang alik ke Semenanjung dan berkongsi hasil kursus tersebut dengan para aktivis IKRAM Sabah.

Meskipun baru lepas menimang cahaya mata pertama, tambah beliau, almarhumah turut membantu menjayakan mukhayyam ikhwah, multaqa akhawat selain merancang semua program-program tarbiah yang perlu dilaksanakan.

Norshahidah nyata terkejut dan sedih dengan kehilangan Dr Nida kerana baru sahaja bertemu pada minggu sebelumnya semasa Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) IKRAM Sabah dan merancang untuk menjayakan beberapa aktiviti akhawat daerah Putatan pada masa akan datang.

“Namun, janji Allah itu benar. Atas segala penat lelah yang telah beliau usahakan, Allah telah merehatkan beliau lebih awal,” ujar beliau.

Almarhumah telah meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau kerana parah tersepit pada pagi 16 April 2016 yang lalu. Beliau meninggalkan suami, Dr Abdullah Shamshir Abd Mokti dan seorang anak berusia setahun, Abdullah Azzam.

Gigih menggerakkan dakwah sejak menuntut di University of Leicester, United Kingdom, kehilangan beliau yang juga Bendahari IKRAM Daerah Putatan memberikan kesan yang mendalam kepada keluarga dan rakan seperjuangan.

Dilahirkan pada 22 Ogos 1986, beliau adalah anak sulung daripada tiga beradik kepada pasangan Encik Mat Asis Mahnoon dan Puan Noraini Roslan, yang merupakan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Berkahwin dengan Dr Abdullah Shamshir dan tamat sebagai graduan bidang perubatan pada 2011, beliau mula menjadi doktor pelatih di Hospital Ampang dan kemudiannya ditugaskan ke Hospital Keningau hingga kini.

Walaupun amat sedih, Shamshir berasa sangat redha dengan cara almarhumah pergi mengadap Ilahi.

Sehari sebelum kejadian katanya, pada petangnya almarhumah bermesyuarat untuk program perkhemahan aktivis dakwah wanita IKRAM Sabah. Pada malamnya pula, mereka menghadiri usrah masing-masing.

“Kami juga merancang mengerjakan haji tahun ini. Malam sebelumnya, almarhumah mengajar mengaji al-Quran kepada staf-staf perempuan hospital di Surau Hospital Keningau,” jelas beliau dalam warkahnya.

Pada hari kejadian, mereka merancang untuk ke Kota Kinabalu bagi membuat pemerhatian rumah sewa yang sesuai kerana mereka dijadualkan ke Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Likas bagi melanjutkan pengajian ke peringkat pakar.

Sambil berbual tentang mukhayyam dalam perjalanan, almarhumah turut bertanya tentang sambutan ulangtahun kelahiran suaminya buat kali terakhir.

“Abang nak apa untuk birthday awak? Nak makan apa? Nak berjalan ke mana?” tanya almarhumah.

Shamshir berfikir sejenak, lantas menjawab, “Entahlah sayang. Seriously abang tak tahu. Abang dah ada kehidupan dan karier yang baik, isteri yang solehah dan cantik, anak yang comel, famili yang baik-baik dan kita sama-sama sedang buat perkara baik. Betul-betul tak tau nak apa lagi. Mungkin hari tu kita ambil cuti dan relaks-relaks je kat rumah.”

“Ok, takpe. Kita ambil cuti duduk kat rumah dan saya masak makanan yang awak suka. Dan saya beli awak seluarlah sebab awak dari dulu pakai seluar sama je,” balas Nida sambil tersenyum tawa.

Tambah Shamshir, sesungguhnya Allah telah meminjamkan kepada beliau yang serba kekurangan seorang isteri mukminah, da’iah, solehah, doktor, perawan yang positif dalam dakwah dan kehidupan untuk berkhidmat kepada manusia lain demi mendapat redha Allah.

“Perginya dalam keadaan suaminya sangat meredhai dan harapnya dia pun redha kepada saya, suaminya.

“Perginya Nida dalam keadaan sedang berusaha menyebarkan kebaikan agama dan untuk kebajikan orang sekelilingnya,” luah beliau.

Jenazah almarhumah tiba di rumah keluarganya di Setia Alam awal pagi Ahad, 17 April lalu selepas diterbangkan dari Sabah. Pada jam 8.30 pagi, jenazah dibawa ke Surau An-Nur di sini untuk solat jenazah. Lebih 200 hadir dalam solat jenazah termasuk Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor dan beberapa orang Ahli JKP IKRAM yang lain.

Almarhumah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Turut hadir dalam majlis pengebumian adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamsidar Taharin.

Moga roh almarhumah Dr Nida Fatin Mat Asis dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga Firdaus bersama para syuhada dan solihin, amin, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia