Moga segera ternoktah semua ini

Tentunya jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan pada 31 Mac sebagaimana sebelum ini, boleh jadi ia akan meningkatkan semula jumlah kes yang dijangkiti.

 

Menurut Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun, antara punca kenapa tempoh PKP ini dipanjangkan oleh kerajaan kerana kemungkinan jumlah pesakit akan bertambah akibat daripada pembelian panik dan tindakan balik kampung secara besar-besaran sebelum 18 Mac lalu.

 

Kemungkinan besar juga jelasnya, jumlah tersebut akan melambung tinggi. Oleh itu, kita mahu jumlah kes baru menjelang 14 April nanti adalah satu digit atau kosong kes baharu.

 

Sudah pasti, jika jumlah kes baharu masih tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dan masih ramai rakyat yang degil mengikut arahan yang diperintahkan, kemungkinan besar kerajaan akan meneruskan PKP sehingga keadaan benar-benar selamat.

 

Dalam situasi ini, kita semua sebagai rakyat Malaysia perlu memberikan kerjasama dan sentiasa mematuhi arahan iaitu duduk di rumah dan jangan ke mana-mana.

 

Sebagaimana diketahui, apa yang terjadi di Itali adalah sesuatu pengalaman pahit kepada dunia. Mereka tetap tidak dapat menanggung situasi yang menular itu, walaupun hakikatnya, negara itu mempunyai sistem kesihatan terbaik. Realiti ini kita semua perlu terima, sesiapa pun tidak mahu tragedi di Itali berlaku di negara ini.

 

Justeru, kita semua perlu bertanggungjawab menjadi pemutus rantai merebaknya wabak ini dengan satu cara, berdiam diri, duduk di rumah masing-masing dalam satu tempoh yang ditetapkan oleh kerajaan.

 

Memang ia agak mustahil untuk dilakukan kerana sifat fitrah manusia mahukan kebebasan, keluar berjalan-jalan. Tetapi dalam kondisi ini, kita semua perlu bersatu dan bersedia menghadapi apa juga kemungkinan pada masa depan.

 

Selain itu, ayuhlah sama-sama kita berdoa memohon keampunan Allah dan merayulah dengan bersungguh-sungguh agar Allah segera mengangkat wabak penyakit yang melanda dunia ini dengan segera serta berdoa agar para saintis menjumpai vaksin atau antivirus yang sesuai bagi menghapuskan COVID-19.

 

Dalam pada itu, pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin untuk memanjangkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April dalam perutusan khas beliau adalah satu tindakan tepat bagi memutuskan jangkitan wabak koronavirus (COVID-19) kerana tempoh 14 hari pertama dilihat tidak mencukupi.

 

Menurut laporan pihak polis, lebih 95 peratus rakyat Malaysia telah mematuhi perintah ini PKP yang telah berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu. Maka, jalan-jalan raya menjadi lengang, pusat-pusat membeli belah ditutup, pusat-pusat rekreasi awam juga lengang dan ramai yang telah mematuhi nasihat duduk diam-diam di rumah.

 

Namun, terdapat beberapa insiden kecil pelanggaran perintah ini di sana-sini hinggakan pihak polis dan tentera telah dikerah untuk mengambil tindakan tegas bagi mengawal keadaan serta termasuk menutup tempat-tempat awam yang masih dikunjungi oleh ramai orang dan menahan individu-individu yang masih berdegil dan tidak mahu mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak kerajaan.

 

Demi memastikan perintah larangan pergerakan ini dipatuhi dan tindakan ini mencapai hasil yang dihasratkan iaitu membendung penularan wabak COVID-19, pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan tegas kepada mereka ingkar.

 

Akhirnya, sebagaimana kata Perdana Menteri, jika perintah ini tidak dipatuhi, maka ia tidak akan membawa apa-apa kesan positif dan segala tindakan kita akan menjadi sia-sia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia