Modul kesukarelawanan di sekolah: Usaha murni MyCARE disokong

“Kandungannya boleh dimanfaatkan sekolah-sekolah sebagai input bagi membentuk murid-murid dan warga pendidik yang prihatin,” kata Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, YBhg. En. Azman Adnan dalam Majlis Meraikan Penaja Anak Yatim dan Pelancaran Back2School MyCARE.

Beliau berharap lebih banyak sekolah akan memanfaatkan modul yang dibangunkan MyCARE ini kerana ia sejajar dengan Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan juga sesuai dengan enam teras Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional 2013-2025.

Dalam majlis yang berlangsung pada Sabtu, 8 April lalu di M-Suite Hotel di sini, En. Azman telah menyempurnakan pelancaran Modul Kesukarelawanan Kemanusiaan MyCARE dan Kempen Back2School serta Kempen Penajaan Anak-anak Yatim peringkat negeri Johor.

Majlis yang bertujuan bagi meraikan penaja-penaja anak-anak yatim Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan FIlipina turut diserikan dengan nasyid anak-anak yatim Rohingya.

   

Ucapan En. Azman, antara para penaja yang hadir dan sumbangan untuk Back2School

Dalam majlis itu juga, Pengurus Kanan MyCARE, Roha Hassan membentangkan objektif dan pelaksanaan projek tajaan anak-anak yatim dan bagaimana MyCARE terlibat dalam kempen kesedaran, misi kemanusiaan dan menyampaikan bantuan-bantuan di lebih 20 negara.

“Para penaja dan penderma anda adalah hero dan pejuang sebenar,” ujar Pn Roha menghargai para penaja anak yatim serta penderma dalam majlis tersebut.

Dalam pada itu, Prof. Madya Dr Mohd Zin Kandar, Pengerusi MyCARE Johor telah membentangkan pengalaman beliau menemui anak-anak yatim Gaza dan Syria dalam misi-misi kemanusiaan di samping berkongsi mengenai Modul Kesukarelawanan Kemanusiaan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Sebelum mengakhiri majlis, En Azman turut menyampaikan replika cek sejumlah RM65,577.35 bagi disalurkan kepada Tabung Back2School MyCARE, hasil daripada kutipan sumbangan di sekolah-sekolah di Johor bagi membantu para pelajar Palestin pada awal sesi persekolahan.

Sijil-sijil penghargaan turut diberikan kepada En Mas Imran daripada Econsave, Tadika & Taska Iman, Tadika Darul Ilmu, SRI Hidayah, SMI Hidayah, SMK Tmn Daya, Pusat Islam UTM dan beberapa individu yang menghulurkan sumbangan kemanusiaan melalui MyCARE.

Lagi foto majlis: MyCARE Johor

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia