MKI bina pelapis kepimpinan IKRAM masa depan

Program anjuran Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia (JKPSM) ini telah berlangsung selama tiga hari dihadiri hampir 200 peserta dari seluruh negara yang telah dipilih melalui siri pentaksiran khusus yang telah dijalankan oleh JKPSM Pusat di setiap negeri sepanjang tahun 2016.

Peserta-peserta telah diberikan penerangan secara terperinci mengenai program Pengurusan Bakat MKI oleh Hj Zaharuddin Othman selaku Timbalan Pengerusi JKPSM Pusat seterusnya perkongsian ‘Hala Tuju Kepimpinan dalam Konteks IKRAM’ pula telah disampaikan oleh Pengerusi JKPSM, Hj Mahdzir Md Isa.

“Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya, seseorang itu perlu kuat emosinya, spritualnya serta fizikalnya selain mempunyai keterampilan yang boleh menarik orang ramai,” antara amanat Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor dalam sesi perkongsian beliau bersama peserta MKI pada Sabtu lalu.

Hj Nahar yang turut merasmikan program ini sempat berpesan kepada semua peserta supaya memberikan komitmen sepenuhnya dan berdisiplin dalam menjayakan program MKI ini. Beliau turut mengingatkan bahawa ahli merupakan aset terpenting dalam IKRAM.

Turut diadakan slot ‘Menilai dan Membina Kompetensi’ yang dikendalikan oleh Hj Zaharuddin di mana peserta diberi simulasi untuk mengenalpasti tahap-tahap kompetensi berbeza yang dilalui oleh pelbagai peringkat kepimpinan.

Dalam ucapan penutup MKI, Hj Shahrul Aman Shaari, Naib Presiden IKRAM berpesan kepada para peserta bahawa sebagai pemimpin, harus ada kesanggupan memikul beban tanggungjawab dan sanggup berkorban demi menjayakan visi dan misi IKRAM.

“Pemimpin tidak hanya merasa cukup dengan kemanisan tarbiah, dia harus berani keluar bertemu masyarakat dan bersedia mengambil risiko dalam melalui mehnah (ujian),” tegasnya.

Semoga usaha yang dilaksanakan oleh JKPSM ini mencapai objektif agar kepimpinan IKRAM masa depan dapat dibina dan terisi dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan, insya-Allah.

Foto: http://bit.ly/2dBVoj7

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia