Banyak bongkah ais pecah, pemanasan global serius

SERI KEMBANGAN – Ikon Ratu Kutub Negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir telah menzahirkan rasa teruja berikutan banyak kali masuk ke kutub Antartika, pada sidang media dan menyambut balik Misi Pelayaran Climate Force 2041 (CF2041).

 

Beliau melihat dengan mata kepala sendiri banyak bongkah-bongkah ais yang sudah pecah, hancur dan sangat mengerikan.

 

“Ini yang saya nak kongsi kepada rakyat Malaysia supaya sedar pemanasan global sudah semakin serius. Malah sehari sebelum sampai ke persisiran Antartika itu kami sudah nampak bongkah hanyut ke lautan besar.”

 

Beliau menegaskan, ini bukan perkara kecil yang boleh dianggap main-main dan ia perkara serius lebih-lebih lagi Malaysia sudah mengalami musim monsun yang lari daripada kebiasaan seperti banjir dan sebagainya.

 

Berikutan itu, All Women Empowerment to Accelerate (AWETA) telah melancarkan Malaysia Climate Change Ranger Club susulan peningkatan pemanasan global di Antartika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

 

“Rakyat Malaysia perlu pandang serius dengan perubahan cuaca dan hari ini juga secara eksklusif, saya mengumumkan Malaysia Climate Change Ranger Club dilancarkan,” ujar Sharifah Mazlina.

 

Menurutnya, sesiapa sahaja boleh mendaftar di https://aweta.org/ tidak kira umur kerana mereka perlu sedar untuk terlibat dalam memperjuangkan perubahan ini.

 

“Penubuhan kelab itu berikutan pemerhatian kami di Antartika setelah mendapati bongkah-bongkah ais semakin hancur dan cair serta keadaan di sana menimbulkan kerisauan.”

 

Lebih-lebih lagi tegasnya, Malaysia telah mengalami musim monsun yang berbeza daripada kebiasaan.

 

Terdahulu pada 7 Mac lalu, Dr Sharifah Mazlina dan Muhammad Khairul Akmal Adam telah berlepas ke Antartika dan pada 14 Mac, mereka menyertai misi pelayaran ‘Climate Force 2041 (CF2041)’ untuk mengkaji kesan pemanasan global di kawasan itu selama 12 hari.

 

Misi berkonsepkan pengajaran dan pembelajaran itu disertai 215 peserta dari 92 buah negara.

 

“Program selama 12 hari di sana dipenuhi dengan perkongsian daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada mahasiswa dan pemain industri berhubung isu perubahan cuaca.”

 

Jelasnya lagi, program tersebut sangat ilmiah dan dapat satu pengalaman secara ‘hands-on’ atau praktikal.

 

“Kita lihat sendiri dalam kapal itu penuh dengan program-program pengisian seperti ‘speaker corner’, mereka bentang dapatan mereka dan yang terbaru bagaimana mereka menangkap karbon serta diproses semula menjadi minyak. Rata-rata pengisian sangat penuh, padat serta menarik,” kata Dr Sharifah Mazlina.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia