Mesir: IKRAM sumbang RM100,000 melalui FIMA

Sumbangan ini akan digunakan untuk membantu rakyat mesir yang memerlukan rawatan dan perubatan serta keluarga-keluarga yang ditimpa musibah dalam kejadian rampasan kuasa yang berlaku di Mesir.

“Alhamdulillah, kita daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia telah dapat mengumpulkan wang bantuan, sumbangan dari rakyat Malaysia. Sumbangan RM100,000 ini kita salurkan kepada rakyat Mesir yang memerlukan menerusi FIMA Relief,” kata Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Antarabangsa IKRAM.

Sumbangan tersebut disampaikan Mohamed Hatta kepada FIMA yang diwakili Setiausaha Agung, Prof Dr Abd Rashid Abd Rahman. Jumlah tersebut adalah hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia yang berjaya dikumpul bermula daripada serangan yang berlaku di Dataran Raba’ah pada Ogos lalu sehingga kini.

IKRAM telah bekerjasama dengan FIMA Relief dalam memastikan bantuan dan sumbangan ini dapat disalurkan dan sampai kepada rakyat Mesir yang benar-benar memerlukan.

Menurut Abd Rashid, FIMA yang beribu pejabat di Cape Town, Afrika Selatan akan menyalurkan bantuan tersebut melalui Persatuan Perubatan Islam Mesir (IMAE), untuk membantu mangsa-mangsa di Mesir yang terlibat termasuk para pengamal perubatan yang turut ditimpa musibah semasa bertugas merawat mangsa.

Tambahnya, atas nama ‘Relief’, kebiasaannya FIMA tidak mengalami masalah untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan kerana pihaknya juga pernah menyalurkan bantuan di kawasan konflik seperti di Syria.

FIMA yang ditubuhkan pada 31 Disember 1981 merupakan gabungan lebih 21 NGO perubatan Islam seluruh dunia untuk menjalankan aktiviti perkhimatan perubatan, kebajikan, pendidikan dan penyelidikan.

Semoga dengan bantuan ini, ia dapat membantu rakyat Mesir dalam mengembalikan semangat dan sokongan moral kepada mereka dalam mengembalikan hak-hak demokrasi dan keadilan di sana, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia