Merebut Nafahat Pada 10 Hari Awal Zulhijjah

Ada suatu hadis yang diriwayatkan daripada at-Thabrani dalam kitabnya al-Ausath dan juga al-Kabir, daripada Muhammad bin Maslamah al-Ansari RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 إِنَّ لِرَبِّكُمْ فِي أَيَّامِ دَهْرِكُمْ نَفَحَاتٍ، فَتَعَرَّضُوا لَهَا ; لَعَلَّ أَحَدَكُمْ أَنْ يُصِيبَهُ مِنْهَا نَفْحَةٌ لَا يَشْقَى بَعْدَهَا أَبَدًا

“Sesungguhnya Allah memiliki nafahat yang akan dicurahkan sepanjang masa, kerana itu berusahalah untuk mendapatkannya. Boleh jadi di antara kamu ada yang mendapatkan satu nafahat, sehingga dia tidak akan celaka selamanya.” (HR Thabrani dalam Al-Ausath No. 2966, dalam As-Shahihah No. 1890, hadis ini dijadikan hadis penguat).

Apa itu nafahat? Menurut al-Munawi dalam Faidhul Qadir menyatakan bahawa ia adalah seakan ilham yang memberikan semangat seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah, yang diberikan kepada sesiapa saja di antara hamba-Nya yang Dia kehendaki. (Faidh al-Qadir, 2/505). 

Beliau juga menggambarkan nafahat ini seperti percikan kilat yang sangat terang dan pantas. Barang siapa yang ketika itu sedang beribadah kepada Allah, maka diharapkan dia akan mendapat curahan kilatan cahaya itu.

Sehinggalah dia mendapat kekuatan iman, kekuatan istiqamah, semakin semangat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pada saat itulah, dia akan mengalami perubahan semangat, perubahan sikap dan sebagainya.

Pendedahan kepada nafahat adalah rahmat Tuhan yang akan melimpah sepanjang masa. Maka berdoalah dan mintalah pada masa-masa yang mustajab sebagai mengambil peluang atas nikmat daripada Tuhan Yang Maha Esa.

Maka rebutlah peluang bagi memohon keampunan-Nya dalam mendapatkan nafahat ini dalam keadaan kita sentiasa bertahlil, bertakbir, bertahmid dalam hari-hari kita memperbanyakkan zikrullah. 

Diriwayatkan dalam Musnad al-Imam Ahmad, daripada Ibnu Umar RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إلِيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ أَيَّامِ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ أَوْ قَالَ : هَذِه الْأيَّامِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّسْبِيح وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ وَالتَّهْلِيلِ

“Tiada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini. Maka, perbanyakkanlah tahlil, takbir, dan tahmid pada-Nya.” (HR Imam Ahmad, No. 6154)

Betapa besarnya 10 hari pada bulan Zulhijjah ini sehingga ia lebih dicintai daripada jihad di jalan Allah. Kecintaan Allah pada hamba-Nya yang beramal soleh pada 10 hari pada bulan Zulhijjah ini melebarkan lagi keluasan rahmat Allah kepada hamba-Nya agar bermujahadah untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) lagi kepada Allah selepas diberi peluang bertemu dengan bulan Ramadan yang berkat.

Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini (baginda memaksudkkan 10 hari terawal Zulhijjah).” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” [HR Bukhari (969), Abu Daud (2438), Ibnu Majah (1727), Tirmidzi (757)]

Maka perbanyakkanlah ibadah soleh pada 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah ini kerana kita tidak tahu adakah kita mendapat kilatan cahaya hidayah dalam amal soleh kita sepertimana kita tidak tahu adakah ibadah kita itu berada dalam Malam al-Qadar pada bulan Ramadan yang lalu.

Bersama-samalah kita memohon kepada Allah untuk membimbing kita untuk mendapatkan reda-Nya, memohon agar Dia menutup kesalahan-kesalahan kita, melindungi kita daripada kemegahan dunia dan membantu para muhajidin kita yang berjihad di jalan-Nya, kerana Dia berkuasa atas segala sesuatu.

Mohd Syariffudin Abu Kassim

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia