Slot pengenalan projek ini telah dikendalikan oleh Dr Muizz Halim dan turut disertai oleh sukarelawan belia daripada pelbagai latar belakang di mana projek ini bakal dimulakan pada 25 Februari depan serta mendapat kerjasama daripada Masjid Taman Hadhari, Paka yang akan dijadikan pusat pembelajaran dan aktiviti.
Paka adalah komuniti kedua di mana projek ini dilancarkan setelah projek seumpamanya di Kerteh mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pihak sekolah dan masyarakat sekitar.
Projek Mentor Belajar dan Halaqah Quran yang dimulakan pada September 2015 adalah satu usaha membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mendapatkan bantuan pembelajaran daripada tenaga berkemahiran.
Usaha ini diharap dapat menaikkan taraf pendidikan anak-anak ini bagi menjamin kehidupan mereka yang lebih baik seterusnya mampu menyumbang kembali kepada pembangunan masyarakat.
Oleh itu, pihak penganjur projek ini sedang berusaha mengumpulkan para sukarelawan untuk memberikan khidmat kepada pembangunan masyarakat terutamanya dalam aspek pembangunan modal insan, kebajikan, pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan sosial.
Dengan syarat berminat untuk berkhidmat secara sukarela, pihak penganjur mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi sukarelawan dengan mendaftar melalui Hj Fakhrul (019-359 1268) atau Pn Sridayu di (013-645 4777).
Bagi Projek Mentor Belajar dan Halaqah Quran di Kerteh, ia diadakan di tiga lokasi iaitu di Surau Bandar Baru Kerteh, Pejabat Belia 4B Kampung Telaga Papan dan Masjid Jamek Kerteh pada setiap minggu.
Jadual di Kerteh adalah seperti berikut:
- Ahad hingga Khamis (8.30 – 9.30 malam)
- Jumaat dan Sabtu (10 – 11 pagi / 3 – 4 petang / 8.30 – 9.30 malam)
- Subjek: UPSR, PT3, SPM dan al-Quran
Para pelajar yang berminat untuk menyertai projek ini di sekitar Kerteh, bolehlah menghubungi Abang Siddiq (013-711 9730) atau Kak Nadiah (013-477 3391) untuk pendaftaran. Bagi pelajar di sekitar Paka, anda boleh mendaftar melalui Abang Mubin (011-2302 7707) atau Kak Najihah (019-965 5110).
Semoga usaha anjuran IKRAM Kemaman, IKRAMTeens Kemaman dan GEMA Terengganu dengan kerjasama pelbagai pihak ini dapat memberi manfaat kepada pembangunan generasi dan masyarakat, in-shaa-Allah.
Sumber: FB IKRAM Kemaman